Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 22/10/2018

147

Pasaran Asia pada minggu ini dilihat bergerak perlahan berikutan pasaran masih dilanda kebimbangan dengan isu perang dagang yang masih berlarutan di mana China turut mengumumkan akan meminta WTO untuk membentuk panel penyelesaian pertikaian untuk menangani tarif AS. Jika dilihat pergerakan pada chart pasangan matawang AUD/USD pada awal permulaan sesi pagi tadi, harga membuat penurunan dari paras Magic Pivot 0.7118 hari ini sehingga menyentuh paras support 0.7086 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line. Namun, harga kemudian dilihat kembali membuat kenaikan semula ke paras Magic Pivot dipercayai Aussie sedikit mengukuh terkesan daripada perkembangan ekonomi China. Laporan mengatakan China telah melancarkan pelan potongan cukai bagi isi rumah di negara tersebut dalam usaha mengimbangi pertumbuhan ekonomi mereka.

Harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot namun masih bergerak di sekitar paras itu setakat jam 2.54 petang. Jika matawang AUD kekal mengukuh, harga dilihat akan cuba melonjak ke paras resistance 0.7148 (MagicR1) untuk menguji zon ketinggian harga yang masih gagal ditembusi setelah berberapa kali diuji minggu lalu. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga dijangka akan menuju ke paras tumpuan harga seterusnya yang dilihat pada paras 0.7180 (MagicR2). Seterusnya, jika harga berjaya mengekalkan momentum kenaikan yang dibuat, harga bakal menguji paras resistance 0.7210 (MagicR3) yang berada pada zon paras SBR (support become resistance) sebelum ini.

Namun, jika harga bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 0.7118 dan kembali menyambung semula penurunan, harga berkemungkinan akan turun sehingga melepasi paras support MagicS1 dan menuju ke paras support lebih rendah yang dilihat pada paras 0.7057 (MagicS2). Seterusnya, pasaran akan melihat pula reaksi harga pada paras major support 0.70400 jika harga masih meneruskan penurunan dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan membuat paras lower low yang baru dan berkemungkinan ke paras support 0.7025 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi di China dan juga isu perang dagang antara AS-China yang masih berlarutan. Untuk analisis teknikal, gunakan indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda mencari paras terbaik bagi posisi dagangan anda pada chart AUD/USD.

 

Paras support: 0.7086, 0.7057, 0.7025.

Paras resistance: 0.7148, 0.7180, 0.7210.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat