Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 26/10/2018

179

Pada sesi dagangan semalam, harga dilihat agak bergelut untuk membuat kenaikan pada chart pasangan matawang AUD/USD di mana matawang Aussie sedikit positif berikutan beberapa cadangan kerajaan China dalam usaha untuk merangsangkan kembali ekonomi di negara mereka. Pasaran yang dilihat semakin pulih pada sesi pasaran Asia semalam melihatkan harga telah membuat kenaikan sehingga melepasi paras Magic Pivot dan juga resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam namun harga kembali turun untuk menutup harga di sekitar paras Magic Pivot semula.

Bersambung ke sesi pasaran Asia hari ini, harga pada mulanya dilihat bergerak di paras Magic Pivot 0.7077 hari ini kemudiannya telah menjunam lebih 40 pips setelah terkesan daripada Yuan yang menyusut ke paras terendah sejak Januari 2017. Secara teknikal, penurunan harga pada chart AUD/USD itu telah menunjukkan harga telah turun ke paras terendah sejak Januari 2016 selepas berjaya breakout paras support pada paras 0.70400. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat terjunan dari paras Magic Pivot 0.7077 melepasi paras support 0.7055 (MagicS1) sehingga ke paras support 0.7033 (MagicS2) namun gagal untuk turun ke paras lebih rendah. Harga kemudian dilihat pantul semula menguji paras 0.70400 setakat jam 2.46 petang. Jika harga masih meneruskan penurunan, jangkaan harga akan mencari paras terendah yang baru menuju ke paras support pada 0.7011 (MagicS3).

Namun, jika harga gagal membuat penurunan lebih rendah dan matawang AUD mula mengukuh semula dalam pasaran yang semakin stabil, harga boleh melonjak semula dan cuba untuk menguji paras resistance pada paras 0.7098 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Seterusnya, harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan ke paras resistance 0.7120 (MagicR2) sebelum kenaikan yang lebih tinggi berpotensi untuk mencapai paras sehingga 0.7142 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi di China yang masih dibayangi kemelut perang dagang yang mengganggu kestabilan ekonomi kedua terbesar dunia itu. Rancang dagangan yang terbaik untuk minggu hadapan pula dengan analisis teknikal menggunakan Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan anda.

 

Paras support: 0.7055, 0.7033, 0.7011.

Paras resistance: 0.7098, 0.7120, 0.7142.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat