Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 30/11/2018

180

Matawang komoditi dollar AUD didagangkan mengukuh pada sesi pasaran Eropah semalam ekoran mendapat permintaan tinggi dalam suasana sentimen pasaran semasa yang kembali dilihat puliih. Namun, pelabur masih merasakan kegelisahan menjelang persidangan G20 di mana pertemuan Presiden dua ekonomi besar dunia, Trump dan Xi Jinping untuk berbincang mengenai hala tuju hubungan perdagangan mereka. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam, harga dilihat cuba membuat lonjakan ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam namun kembali membuat penurunan semula dengan kedua-dua matawang dollar AUD dan USD didagangkan bercampur-campur.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak mendatar pada paras Magic Pivot 0.7320 hari ini dan menunjukkan sedikit penurunan harga. Jika harga dilihat terus membuat penurunan ke paras lebih rendah, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada paras support 0.7294 (MagicS1). Kemudiannya, harga dilihat akan turun lebih rendah menguji paras support yang berada pada 0.7270 (MagicS2) yang dilihat berpotensi untuk menjadi paras RBS (resistance become support) terbaru pada chart AUD/USD. Namun, jika harga masih meneruskan penurunannya, dijangka paras seterusnya yang dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga adalah di sekitar paras 0.7245 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga dilihat akan kembali menguji paras resistance 0.7344 (MagicR1) untuk menguji paras ketinggian harga yang dicapai semalam. Kemudian, lonjakan harga seterusnya bakal mencatatkan paras ketinggian harga yang baru ke paras resistance 0.7369 (MagicR2) dan sedikit lagi kenaikan harga bakal mencapai paras ketinggian sekitar resistance 0.7393 (MagicR3).

Tumpuan pasaran buat masa ini akan terarah kepada persidangan G20 pada hujung minggu ini di Buenos Aires dan berkemungkinan akan memberi petunjuk kepada aset yang berisiko termasuklah Aussie sebagai rakan dagang terbesar China. Kawal dagangan anda sebaik mungkin dan jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan sebelum meletakkan posisi dagangan dalam pasaran.

 

Paras support: 0.7294, 0.7270, 0.7245.

Paras resistance: 0.7344, 0.7369, 0.7393.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat