Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 5/11/2018

221

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD merekodkan paras ketinggian yang terbaru dicapai harga pada Jumaat lalu mengatasi paras ketinggian pada bulan Oktober setelah nilai matawang Aussie melonjak dan terus didagangkan mengukuh berbanding USD berikutan sentimen pasaran semasa kembali pulih (risk-on). Tumpuan pasaran pada minggu ini pula adalah penetapan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada Selasa ini yang menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan oleh RBA pada paras 1.50% untuk 27 bulan berturut-turut pada November ini. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga yang mencapai paras ketinggian terbaru pada Jumaat lalu dilihat menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum pengukuhan kembali USD setelah data pekerjaan NFP dikeluarkan menunjukkan penurunan harga sekitar 80 pips sebelum harga ditutup sekitar paras 0.71950 sebagai penutup dagangan minggu lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7212 hari ini dan sedikit menunjukkan pergerakan harga yang menurun. Jika USD berjaya menekan harga lebih rendah, harga dilihat akan turun ke paras support yang terdekat iaitu pada 0.7165 (MagicS1). Seterusnya, harga yang meneruskan lagi penurunan dijangka akan menguji paras RBS (resistance become support) pada 0.71500 terlebih dahulu dan jika harga berjaya breakout paras RBS tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras support 0.7136 (MagicS2). Seterusnya, paras support yang berada lebih rendah iaitu pada 0.7089 (MagicS3) dilihat akan menjadi paras tumpuan harga seterusnya jika Aussie terus didagangkan lemah berbanding USD.

Sebaliknya, jika sentimen pasaran semasa masih melihat dagangan AUD yang positif, harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan kesan dari momentum lonjakan harga pada dagangan minggu lalu. Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 0.7212 hari ini, harga dilihat akan menuju ke paras resistance 0.7242 (MagicR1) sebelum harga akan cuba mengatasi paras ketinggian semasa harga sebelum ini. Dan sekiranya harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi, jangkaan paras higher high yang akan dicapai harga berkemungkinan ke paras resistance pada 0.7288 (MagicR2). Harga yang masih mengekalkan momentum kenaikan yang dibuat dijangka akan menguji paras resistance pada 0.7318 (MagicR3) dan paras ketinggian yang baru ini dilihat telah mengatasi paras ketinggian harga pada September sebelum ini.

Kadar faedah yang dikekalkan oleh bank pusat adalah dilihat selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan di Australia dan mencapai sasaran inflasi dari masa ke masa. Namun, beri tumpuan terhadap komen pada inflasi, harga rumah dan pasaran buruh yang memberi gambaran terhadap unjuran suku tahunan oleh RBA. Untuk analisis teknikal, gunakan indicator Moshed Magic Line untuk anda mencari paras-paras terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart AUD/USD.

 

Paras support: 0.7165, 0.7136, 0.7089.

Paras resistance: 0.7242, 0.7288, 0.7318.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat