Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 8/2/2019

193

Matawang komoditi dolar AUD yang didagangkan mendatar sejak semalam kemudiannya mengalami kejatuhan nilai pada awal sesi pasaran Asia hari ini setelah Reserve Bank of Australia (RBA) telah menurunkan unjuran GDP (KDNK) untuk Jun 2019 daripada 3.25% kepada 2.5%. Selain itu juga, rundingan dagang antara China dan Amerika Syarikat yang ditangguhkan dilihat semakin menambahkan lagi tekanan terhadap dagangan Aussie. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD semalam dilihat lebih bergerak mendatar mencatatkan paras terendah dagangan sekitar paras 0.70900 sebelum harga membuat terjunan ke paras lebih rendah pada sesi pasaran Asia hari ini.

Setelah kenyataan daripada bank pusat Australia berkenaan penurunan pada unjuran GDP, harga pada chart AUD/USD terjun dari paras Magic Pivot 0.7102 melepasi paras support 0.7087 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line. Penurunan tersebut diteruskan lagi harga melepasi pula paras support 0.7074 (MagicS2) sebelum harga hampir mencecah paras support lebih rendah sekitar 0.7059 (MagicS3). Namun harga membuat kenaikan semula pada penghujung dagangan Asia dan naik melepasi paras support MagicS2.

Jika harga membuat kenaikan semula dan naik lebih tinggi sehingga melepasi paras Magic Pivot 0.7102 hari ini, harga bakal menguji paras ketinggian dagangan semalam di sekitar paras resistance 0.7115 (MagicR1). Seterusnya, kenaikan yang diteruskan harga akan menuju pula ke paras sekitar 0.7130 (MagicR2) sebelum kenaikan seterusnya bakal menguji resistance 0.7143 (MagicR3) yang berada pada zon RBS (resistance become support) pada chart AUD/USD.

Beri perhatian terhadap sebarang kenyataan atau komen dari RBA yang memberi kesan terhadap dagangan Aussie dan pantau juga perkembangan rundingan dagang AS-China yang ditangguhkan sementara. Tetap menggunakan indicator Moshed Magic Line pada chart AUD/USD untuk membantu anda mencari peluang posisi terbaik dagangan setiap hari dengan risiko yang lebih terkawal.

 

Paras support: 0.7087, 0.7074, 0.7059.

Paras resistance: 0.7155, 0.7130, 0.7143.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat