Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 9/11/2018

194

Senario yang hampir sama turut berlaku pada pergerakan harga di chart pasangan matawang AUD/USD dimana pengukuhan USD setelah FED mengekalkan kadar faedah awal pagi tadi telah menekan harga seterusnya menyaksikan penurunan harga berlaku pada chart AUD/USD. Matawang USD yang sebelum ini didagangkan berisiko memberi peluang kepada Aussie untuk melonjakkan harga di samping data ekonomi rakan dagangnya iaitu China mencatatkan bacaan yang positif semalam. Namun, keyakinan pelabur mula beralih semula kepada USD dengan jangkaan kenaikan kadar faedah seterusnya pada Disember nanti. Harga yang dilihat cuba menguji paras ketinggian sekitar 0.73000 akhirnya gagal membuat kenaikan lebih tinggi dan USD berjaya menekan harga semula sehingga melepasi paras Magic Pivot pada lewat sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan dan sedikit membuat kenaikan menguji paras Magic Pivot 0.7269 hari ini sebelum harga menunjukkan penurunan menuju ke paras support 0.7234 (MagicS1). Jika harga terus didagangkan menurun dan melepasi paras support MagicS1, jangkaan harga seterusnya akan menguji paras support 0.7213 (MagicS2) yang berada pada zon RBS (resistance become support) yang terdekat. Dan sekiranya harga masih meneruskan penurunannya, paras support pada 0.7179 (MagicS2) dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan semula pada dagangan hari ini dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 0.7269, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 0.7290 (MagicR1). Kemudiannya, harga yang membuat kenaikan mengatasi paras ketinggian yang diuji harga semalam bakal menuju ke paras resistance 0.7324 (MagicR2) seterusnya ke paras resistance 0.7346 (MagicR3) di mana kedua-dua paras ini berada pada zon ketinggian yang menjadi tumpuan harga pada Ogos lalu.

Lihat pada indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan anda menentukan paras yang menjadi tumpuan harga pada chart AUD/USD untuk memantapkan lagi analisis teknikal harian anda. Dan untuk kombinasi yang lebih baik, gabungkan bersama data fundamental bagi mendapatkan arah kecederungan harga yang lebih jelas.

 

Paras support: 0.7234, 0.7213, 0.7179.

Paras resistance: 0.7290, 0.7324, 0.7346.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat