Analisis Teknikal EUR/JPY – Paras 150.00 Adalah ‘Checkpoint’ Kritikal Harga!

116

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY dilihat masih mengekalkan corak bullish menyambung dagangan di pembukaan awal minggu ini.

Jika diperhatikan pergerakan sepanjang minggu lalu, harga kekal mencatatkan paras ketinggian terbaru setiap hari dengan sasaran mencapai paras 150.00.

Menjadi petunjuk bagi trend bullish yang berterusan, harga terus meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY tersebut.

Mendatar di paras 149.00 di awal sesi pertama minggu ini semalam, harga kemudiannya melonjak dan akhirnya telah menyentuh paras 150.00 pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).

Namun, harga sedikit melantun turun dan mendatar di sekitar tersebut menyambung dagangan pada sesi berikutnya.

Penganalisis masih melihat corak bullish harga belum lagi dipecahkan, harga juga masih berlegar di atas paras MA50.

Namun, rintangan di paras 150.00 perlu ditembusi jika harga ingin meneruskan pendakian ke paras lebih tinggi.

Sasaran penting untuk dicapai harga adalah pada ketinggian 151.600 yang menjadi zon penting buat harga.

Paras tersebut telah dicapai pada awal Mei lalu, dan apa yang menarik adalah paras tersebut adalah rekod tertinggi dicapai harga sejak tahun 2008.

Justeru, jika harga berjaya mengatasi ketinggian tersebut, rekod tertinggi terbaru bakal dicatatkan lagi bulan ini.

Namun, penganalisis turut memberi amaran jika halangan 150.00 gagal ditembusi sebaliknya pelabur menyaksikan situasi penurunan semula.

Ini akan menjadi petanda awal untuk perubahan trend bermula dan harga berkemungkinan turun di bawah paras MA50.

Paras awal bakal diuji selepas penurunan berlaku adalah pada sekitar 148.300 sebelum terjunan ketara harga seterusnya akan mensasarkan ke zon support 146.300.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat