Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 13/9/2018

549

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam dilihat kembali menguji paras SBR (support become resistance) sebelum ini di paras 1.16500 namun tidak berjaya menembusinya (breakout) di mana di zon tersebut juga terdapat resistance (MagicR1) semalam pada Moshed Magic Line. Lonjakan harga ke paras tersebut semalam berikutan faktor nilai matawang USD yang melemah selepas data indeks harga pengeluar (PPI) di Amerika Syarikat semalam dicatatkan merosot. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak agak perlahan dan menurun ke paras Magic Pivot 1.1653 di mana harga semasa berada di sekitar paras harga 1.16320 setakat jam 2.50 petang.

Jika USD terus didagangkan lemah dan harga kembali membuat lonjakan, jangkaan harga bakal breakout paras SBR 1.16500 dan juga paras resistance 1.1661 (MagicR1). Paras resistance seterusnya yang dijangka akan dicapai adalah pada resistance 1.1696 (MagicR2) sebelum menuju ke paras resistance 1.1741 (MagicR3). Di situ juga dilihat terdapat satu zon major resistance yang perlu diuji harga iaitu pada paras 1.17200-1.17300.

Sebaliknya, jika harga gagal membuat kenaikan dan USD kembali mendominasi dalam pasaran, harga dijangka akan kembali membuat penurunan semula dan paras support yang terdekat adalah pada support 1.1581 (MagicS1). Jika harga meneruskan penurunannya, tumpuan adalah pada paras support 1.1536 (MagicS2) di mana disitu juga dilihat sebagai satu zon major support (1.15300) yang telah beberapa kali diuji harga namun masih belum berjaya membuat breakout. Seterusnya jika harga melepasi paras tersebut, harga dijangka akan menuju ke paras support 1.1501 (MagicS3).

Ikuti sentimen semasa bagi mengikuti faktor-faktor yang mempengaruhi nilai matawang EURO dan USD bagi memantau pergerakan chart EUR/USD ini. Lihat paras tumpuan pada indicator Mohsed Magic Line untuk membantu anda trading anda.

 

Paras support: 1.1581, 1.1536, 1.1501.

Paras resistance: 1.1661, 1.1696, 1.1741.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat