Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 15/8/2018

1,775

 

Krisis geopolitik di antara Turki dan Amerika Syarikat masih belum reda. Terbaru, Presiden Turki Erdogan menyatakan bahawa Turki akan memboikot barangan elektronik Amerika Syarikat. Beliau turut berkata Brunson akan kekal di dalam tahanan Turki dan tidak akan membebaskan Pastor AS itu.

EURO dijangka terus didagangkan lemah berikutan pelabur-pelabur bimbang terhadap risiko yang bakal dihadapi oleh bank-bank di Eropah kerana kebanyakkannya adalah pemegang sekuriti hutang yang dikeluarkan di Turki.

Sebaliknya, USD terus mengekalkan pengukuhan walaupun harga dilihat bergerak agak perlahan pada sesi Asia hari ini. Pengukuhan USD turut disokong oleh jangkaan kenaikan bagi data jualan runcit pada malam ini berikutan purata pendapatan di AS yang meningkat.

Pergerakan harga bagi matawang EURO berbanding US dollar semalam dilihat menurun daripada paras resistance semalam di 1.1430 sehingga ke paras support 1.1326.

Harga bergerak perlahan sejak sesi pasaran Asia dibuka pagi tadi, namun dilihat membuat sedikit penurunan sehingga ke paras harga semasa 1.1320 setakat jam 4 petang. Pengukuhan USD dijangka akan menguatkan lagi jangkaan penurunan bagi EUR/USD sehingga ke paras 1.1200 jika harga berjaya menembusi (breakout) pada support di 1.1300.

Paras support: 1.13018, 1.12627, 1.11992.

Paras resistance: 1.14044, 1.14679, 1.15070.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat