Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 17/1/2019

325

Data harga import barangan di Amerika Syarikat yang dikeluarkan semalam dilihat masih berada pada paras yang rendah sejak Disember tahun lalu. Namun USD masih berjaya mengukuh berbanding EURO pada sesi dagangan semalam berikutan kebimbangan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi di Jerman sebagai ekonomi terbesar pada zon Eropah yang bergelut untuk keluar dari risiko ke arah kegawatan. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD semalam yang bergerak rendah di bawah paras Magic Pivot terus dilihat diberi tekanan namun tidak juga berjaya membuat penurunan ke paras lebih rendah daripada dagangan hari sebelumnya.

Dagangan pada sesi pasaran Asia hari ini menunjukkan pergerakan harga pada EUR/USD yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 1.1397 hari ini telah membuat penurunan dan menuju ke paras support 1.1370 (MagicS1). Jika harga berjaya turun lebih rendah dari paras tersebut, harga kemudiannya dijangka akan menuju pula ke paras sekitar 1.1350 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah harga akan menguji paras support sekitar 1.1322 (MagicS3) yang diuji ketika dagangan awal bulan ini.

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga akan menguji dahulu paras minor SBR (support become resistance) sekitar paras 1.1418 (MagicR1). Seterusnya, harga yang meneruskan kenaikan akan menuju ke paras tumpuan pada resistance 1.1445 (MagicR2) dan sekiranya harga masih kekal membuat kenaikan lebih tinggi, harga dijangka akan menguji paras resistance pada 1.1466 (MagicR3) yang berada berhampiran zon SBR semasa pada chart EUR/USD.

Terus pantau perkembangan ekonomi pada zon Eropah yang akan terus memberi kesan terhadap nilai dagangan EURO dalam pasaran semasa. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras-paras tumpuan harga pada chart EUR/USD bagi membantu memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1370, 1.1350, 1.1322.

Paras resistance: 1.1418, 1.1445, 1.1466.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat