Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 17/12/2018

313

Matawang USD didagangkan di sekitar paras tertinggi 19 bulan pada dagangan Isnin untuk permulaan minggu ini. Suasana pasaran yang masih dilihat berisiko membuatkan permintaan terhadap matawang safe-haven termasuk dollar USD meningkat kerana pelabur beralih ke pasaran yang lebih selamat. Tumpuan utama untuk matawang USD pada minggu ini adalah kepada mesyuarat FOMC pada Khamis nanti yang menjangkakan bank pusat akan menaikkkan kadar faedah. Namun, beberapa faktor yang menjadi perhatian kepada pelabur terutamanya kenyataan bank pusat FED yang lebih bernada dovish menggugat keyakinan terhadap jangkaan yang kurang jelas untuk mesyuarat kali ini. Sementara matawang EURO pula akan menunggu data inflasi yang akan dikeluarkan pada petang ini. Perkembangan bajet Itali pula, persetujuan telah dicapai oleh gabungan pemimpin Itali dan Perdana Menteri, Giuseppe Conte terhadap rangka dan kandungan bajet 2019 mereka. Cadangan belanjawan tersebut telah dihantar dan menunggu reaksi daripada Kesatuan Eropah. Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Jumaat lalu, harga menunjukkan penurunan berikutan terkesan daripada data ekonomi di zon Eropah di mana secara keseluruhannya menunjukkan bacaan yang lemah dari jangkaan. Harga telah membuat penurunan dari paras Magic Pivot sehingga hampir menyentuh paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line sebelum menutup dagangan minggu lalu berhampiran paras support MagicS2.

Pada sesi pasaran Asia untuk permulaan minggu ini, harga bergerak perlahan dan dilihat mendatar di bawah paras Magic Pivot 1.1312 hari ini dan menguji paras tersebut buat seketika. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot tersebut, jangkaan harga akan menyambung penurunan semula menuju ke paras support 1.1259 (MagicS1) sebelum harga turun lebih rendah dan menguji pula paras support sekitar 1.1216 (MagicS2) yang gagal ditembusi harga ketika diuji pada dagangan penghujung November lalu. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras terendah yang baru dan berkemungkinan paras support pada 1.1163 (MagicS3) dilihat akan menjadi destinasi tumpuan yang seterusnya.

Namun jika harga menunjukkan pergerakan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan menguji dahulu paras resistance 1.1356 (MagicR1) yang dilihat sebagai zon tumpuan harga. Kemudian, harga dijangka akan menuju ke paras resistance lebih tinggi di sekitar paras 1.1408 (MagicR2) sebelum harga cuba untuk mengatasi paras ketinggian harga pada minggu lalu dan menuju ke sekitar paras 1.1452 (MagicR3).

Teliti data-data ekonomi utama sepanjang minggu ini yang berpotensi memberi impak besar pada pergerakan harga dalam pasaran semasa. Lihat pada paras-paras berpengaruh pada chart EUR/USD berpandukan indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1259, 1.1216, 1.1163.

Paras resistance: 1.1356, 1.1408, 1.1452.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat