Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 29/11/2018

305

Matawang dollar USD mengalami kejatuhan nilai pada dagangan semalam setelah ucapan daripada Pengerusi FED, Jerome Powell yang mengatakan kadar faedah berada di bawah paras neutral dan ini memberi isyarat kepada kesediaan bank pusat untuk menamatkan kitaran pengetatan polisi monetarinya. Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, harga membuat kenaikan dari paras terendah harian semalam sekitar 1.12700 kemudian melonjak lebih 100 pips melepasi paras Magic Pivot serta resistance MagicR1 dan MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line. Walaupun dagangan EURO tidaklah begitu mengukuh namun kelemahan ketara pada nilai USD melonjakkan harga ke paras lebih tinggi semula.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang berada lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.1292 dilihat masih cuba untuk membuat kenaikan menuju ke paras resistance terdekat yang berada di paras 1.1413 (MagicR1). Jika USD terus didagangkan merosot, harga berkemungkinan terus menyambung kenaikannya sehingga ke paras zon ketinggian sebelum ini pada chart EUR/USD sekitar paras resistance 1.1461 (MagicR2). Dan  sekiranya harga berjaya breakout paras ketinggian tersebut, harga bakal mencari paras ketinggian yang baru berkemungkinan mencapai kenaikan sehingga ke paras sekitar 1.1534 (MagicR3).

Namun, jika USD kembali didagangkan mengukuh semula dalam pasaran, harga bakal membuat penurunan semula melepasi paras Magic Pivot hari ini dan menuju ke paras support terdekat pada 1.1292 (MagicS1). Seterusnya, penurunan harga dilihat akan menguji paras support 1.1219 (MagicS2) yang gagal ditembusi harga sewaktu penurunan sebelum ini. Dan jika harga berjaya breakout paras support tersebut, harga akan mencatatkan paras terendah yang baru pada chart EUR/USD berkemungkinan mencecah ke paras sekitar 1.1172 (MagicS3).

Tumpuan pasaran seterusnya adalah kepada data-data ekonomi di zon Eropah seperti di Perancis, Sepanyol dan Jerman yang akan dikeluarkan petang ini. Dan pada malam, data yang menjadi sebahagian daripada petunjuk inflasi di Amerika Syarikat akan menjadi tumpuan. Untuk teknikal analisis, lihat paras-paras yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line untuk menentukan paras terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart EUR/USD.

 

Paras support: 1.1292, 1.1219, 1.1172.

Paras resistance: 1.1413, 1.1461, 1.1534.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat