Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 30/11/2018

346

Matawang USD didagangkan bercampur-campur pada dagangan semalam dengan keresahan para pelabur menjelang persidangan G20 melibatkan Presiden Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping dijadualkan bertemu di Buenos Aires pada hujung minggu ini untuk membincangkan permasalahan dalam hubungan perdagangan mereka. Laporan ekonomi AS terbaru turut dikeluarkan bercampur-campur menambahkan lagi keraguan terhadap kenaikan kadar faedah oleh FED. Sementara matawang EURO pula didagangkan lemah berbanding matawang utama yang lain kecuali USD selepas data domestik menunjukkan sentimen ekonomi di zon Eropah yang kian merosot setakat November. Dilihat pada pergerakan harga pada chart EUR/USD untuk sesi dagangan semalam, pergerakan harga agak mendatar dengan julat turun naik harga sekitar 50 pips di antara paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan paras tertinggi yang diuji harga semalam adalah sekitar paras 1.14000.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga masih dilihat bergerak di sekitar paras ketinggian harga semalam sedikit tinggi dari paras Magic Pivot 1.1380 hari ini. Jika harga terus membuat kenaikan, harga dilihat akan menyentuh paras resistance yang terdekat di paras 1.1413 (MagicR1) dan kenaikan harga yang seterusnya akan menuju pula ke paras 1.1435 (MagicR2). Harga yang masih meneruskan kenaikan bakal menguji zon ketinggian harga sebelum ini sekitar paras 1.1468 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1380, harga dilihat akan menuju ke paras support 1.1359 (MagicS1) yang berada di paras tumpuan harga pada chart EUR/USD. Penurunan harga seterusnya dijangka akan menuju ke paras 1.1326 (MagicS2) sebelum harga turun menguji pula paras support 1.1304 (MagicS2) yang berada lebih rendah.

Kawal posisi dagangan penghujung minggu ini dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line yang menyediakan paras-paras terbaik yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD anda.

 

Paras support: 1.1359, 1.1326, 1.1304.

Paras resistance: 1.1413, 1.1435, 1.1468.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat