Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 8/11/2018

458

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk dagangan semalam lebih banyak digerakkan oleh faktor keputusan pilihanraya pertengahan penggal di Amerika Syarikat semalam yang mana pada akhirnya Parti Demokrasi telah memenangi pilihanraya seperti jangkaan. Dengan itu, USD yang melemah berjaya membantu matawang EURO untuk melonjakkan harga pada chart EUR/USD sehingga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun, pelabur masih melihat EURO dibayangi oleh krisis di antara Kesatuan Eropah dan Itali berkenaan bajet Itali. Walau bagaimanapun, USD kembali dilihat menekan semula harga dan menuju ke paras Magic Pivot semalam berkemungkinan tumpuan pelabur mula beralih ke arah mesyuarat FOMC pada awal pagi Jumaat esok.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak mendatar sejak permulaan sesi dan berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1440 hari ini. Jika harga terus didagangkan menurun, jangkaan harga akan terus menuju ke paras support yang terdekat iaitu dilihat berada di paras 1.1378 (MagicS1). Kemudiannya, harga yang meneruskan penurunan berkemungkinan menuju pula ke paras tumpuan harga di sekitar paras support 1.1332 (MagicS2) sebelum harga menguji paras terendah harga sebelum ini di paras 1.13000 yang merupakan zon major support pada chart EUR/USD. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras lower low yang baru dan berkemungkinan paras support pada 1.1270 dilihat akan menjadi paras tumpuan harga seterusnya.

Namun sebaliknya jika USD terus didagangkan lemah berbanding EURO, harga bakal membuat lonjakan kembali melepasi paras Magic Pivot 1.1440 dan menuju ke paras resistance 1.1486 (MagicR) untuk harga menguji paras ketinggian harga semalam. Kenaikan harga seterusnya dijangka akan menguji paras resistance pada 1.1548 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini. Dan jika momentum kenaikan harga pada chart EUR/USD terus dikekalkan, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang baru di sekitar paras 1.1594 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi dan politik di Amerika Syarikat setelah berakhirnya pilihanraya yang turut menjadi perhatian para pelabur seluruh dunia. Beri tumpuan juga terhadap sebarang kenyataan Presiden Donald Trump yang dikatakan sedikit menggugat pentadbirannya dan juga faktor-faktor yang lain di mana bakal memberi kesan terhadap pergerakan harga dalam pasaran semasa. Untuk analisis teknikal, anda disyorkan untuk menggunakan indicator Moshed Magic Line bagi menentukan paras harga yang sesuai untuk posisi dagangan anda pada chart EUR/USD.

 

Paras support: 1.1378, 1.1332, 1.1270.

Paras resistance: 1.1486, 1.1548, 1.1594.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat