Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 9/1/2019

285

Matawang dollar USD kembali mengukuh pada dagangan Selasa semalam ekoran tumpuan pelabur mula terarah kepada kebimbangan risiko kegawatan ekonomi di zon Eropah. Data domestik yang kurang memberangsangkan seperti kemerosotan pada pengeluaran industri Jerman terus menambahkan tekanan terhadap EURO dan memberi isyarat kepada pergerakan ekonomi yang semakin bergerak perlahan. Aktiviti eksport di Jerman dilihat agak bergelut disebabkan kekurangan pada permintaan global serta terkesan daripada ketidaktentuan pada aktiviti perdagangan didorong oleh polisi Presiden Donald Trump. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk dagangan semalam menunjukkan harga cuba ditekan kembali selepas USD mula untuk mengukuhkan nilai matawangnya. Harga bergerak turun naik di sekitar paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam dan paras tertinggi diuji adalah pada resistance 1.14700 sementara paras terendah dagangan semalam pula adalah pada sekitar 1.14230.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan di bawah paras Magic Pivot 1.1449 kemudiannya terus membuat kenaikan melepasi paras tersebut pada awal sesi bermula. Harga kemudian bergerak mendatar di atas paras Magic Pivot tersebut sehingga penghujung sesi Asia. Jika harga terus membuat kenaikan, harga akan menguji dahulu paras resistance pada 1.1476 (MagicR1) yang masih gagal ditembusi harga sebelum ini. Seterusnya, jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan cuba mencatatkan paras ketinggian yang baru menuju ke paras resistance pada 1.1512 (MagicR2). Kemudian, kenaikan seterusnya dilihat akan menguji paras tumpuan harga pada sekitar 1.1539 (MagicR3) pada chart EUR/USD.

Namun, jika pergerakan harga menunjukkan penurunan yang lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan paras awal yang akan menjadi tumpuan harga adalah pada support 1.1413 (MagicS1). Kemudian, harga yang meneruskan penurunan lebih rendah berkemungkinan akan turun menuju ke paras support sekitar 1.1386 (MagicS2) sebelum harga menguji pula paras support yang diuji pada Jumaat lalu sekitar 1.1350 (MagicS3).

Kawal dagangan anda menjelang mesyuarat FOMC awal pagi esok yang akan memberi keputusan terhadap kadar faedah oleh bank pusat FED. Lihat paras-paras yang berpengaruh pada chart EUR/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1413, 1.1386, 1.1350.

Paras resistance: 1.1476, 1.1512, 1.1539.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat