Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 16/11/2018

592

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY turut menunjukkan penurunan drastik di mana matawang Sterling yang mengalami kejatuhan nilai setelah rundingan Brexit kembali dilihat goyah dengan perletakan jawatan oleh Setiausaha Brexit, Dominic Raab kemudiannya telah disusuli juga beberapa lagi perletakan jawatan yang penting dalam kepimpinan Theresa May. Situasi panik yang kembali merisikokan pasaran ini memberi kelebihan terhadap matawang safe-haven Yen di mana menambahkan lagi tekanan harga pada chart GBP/JPY. Kombinasi yang menarik sebagai pilihan dagangan semasa. Secara teknikal, harga telah membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot dan juga ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line semalam walaupun harga dilihat bergelut untuk membuat sedikit kenaikan pada penghujung sesi pasaran New York sebelum sesi dagangan ditutup.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, pergerakan harga dilihat mendatar di sekitar paras harga 145.000 sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah dan dilihat berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 145.741 hari ini. Jika pergerakan harga hari ini dilihat kembali menyambung penurunan semalam, paras awal yang akan dituju harga adalah pada support terdekat iaitu pada 143.561 (MagicS1) sebelum penurunan harga seterusnya bakal mencecah sehingga ke paras 142.057 (MagicS2) selepas harga berjaya mengatasi paras terendah semasa harga pada chart GBP/JPY. Dan sekiranya Sterling terus mengalami kejatuhan nilai sementara Yen terus mengukuh, harga boleh mencecah kejatuhan sehingga ke paras serendah 139.877 (MagicS3).

Namun, sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga dijangka akan menuju ke paras resistance pada 147.245 (MagicR1) yang dilihat sebagai paras tumpuan harga sebelum ini. Seterusnya, kenaikan yang diteruskan harga berkemungkinan akan ke paras ketinggian harga sebelum ini iaitu sekitar paras resistance 149.425 (MagicR2) untuk harga menguji dahulu paras tersebut. Jika harga berjaya breakout paras itu, harga bakal membuat paras higher high yang baru dan dilihat paras resistance 150.929 (MagicR3) adalah destinasi harga untuk kenaikan yang seterusnya.

Terus ikuti episod drama Brexit yang terus memberi kejutan dalam pasaran. Beri tumpuan juga terhadap perubahan sentimen semasa pasaran yang turut mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini juga. Lihat pada indicator Moshed Magic Line sebagai salah satu panduan tambahan anda untuk mendapatkan hasil analisis teknikal yang lebih mantap dan bermutu untuk meningkatkan lagi dagangan anda ke tahap yang lebih baik.

 

Paras support: 143.561, 142.057, 139.877.

Paras resistance: 147.245, 149.425, 150.929.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat