Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 22/10/2018

445

Perkembangan Brexit pada sidang perhimpunan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) minggu lalu dilihat perlahan dan masih belum mendapat kata sepakat terhadap rundingan tersebut. Ditambah pula dengan data-data ekonomi di UK yang merosot, kelihatan harga pada chart GBP/JPY telah menjunam membuat paras lower low yang baru pada dagangan Khamis lalu. Pada dagangan Jumaat pula, harga kembali cuba membuat kenaikan berkemungkinan di atas faktor pelabur yang mengambil keuntungan pada penghujung minggu dan sentimen pasaran semasa yang menjejaskan matawang Yen. Harga telah melonjak melepasi paras Magic Pivot dan menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada dagangan Jumaat.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga sedikit menurun pada permulaan sesi sehingga ke paras Magic Pivot 146.746 sebelum harga kembali membuat kenaikan bersambung ke sesi pasaran Eropah sehingga ke paras resistance 147.531 (MagicR1) dan harga semasa masih didagangkan sekitar paras tersebut setakat jam 4.02 petang. Jika harga berjaya menyambung lonjakan yang dibuat, harga dilihat akan menuju ke paras resistance 148.112 (MagicR2). Dan sekiranya perkembangan rundingan Brexit pada minggu ini kembali positif, jangkaan harga akan membuat kenaikan sehingga ke paras resistance pada 148.897 (MagicR3) untuk menguji zon ketinggian yang menjadi tumpuan harga itu.

Sebaliknya, jika pelabur terus melihat Sterling sebagai dagangan yang berisiko sementara sentimen semasa pula menyokong semua pengukuhan Yen, besar kemungkinan harga bakal ditekan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot 146.746 dan menuju ke paras support 146.165 (MagicS1). Seterusnya, momentum penurunan yang kukuh bakal melihatkan harga membuat lower low yang baru ke paras support 145.380 (MagicS2) yang berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini. Dan sekiranya harga masih breakout paras tersebut, harga akan meneruskan lagi penurunan dan berkemungkinan paras support 144.799 (MagicS3) bakal menjadi destinasi harga yang seterusnya.

Terus ikuti perkembangan Brexit serta sentimen pasaran semasa yang menjadi faktor utama penggerak harga pada chart GBP/JPY yang menjadi pair kegemaran ramai ini. Lihat juga pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari paras support dan resistance yang terbaik dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 146.165, 145.380, 144.799.

Paras resistance: 147.531, 148.112, 148.897.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat