Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 27/11/2018

604

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY menunjukkan kenaikan harga pada kadar yang berterusan sepanjang hari di mana matawang Sterling dilihat berjaya mengukuhkan nilainya berbanding Yen. Pelabur masih optimis melihat rundingan Brexit semakin mengorak langkah sehingga ke fasa-fasa akhir rundingan dan menunggu keputusan undian Parlimen pula pada Disember ini. Secara teknikal, harga pada chart GBP/JPY telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot pada awal sesi pasaran Asia semalam dan seterusnya meneruskan lagi kenaikan melepasi pula paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Harga dilihat menguji paras ketinggian lonjakan harga pada dagangan Khamis lalu dan gagal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak perlahan dan membuat sedikit penurunan ke paras Magic Pivot 145.234 hari ini dan berlegar di paras tersebut buat seketika. Namun, menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah, harga menunjukkan penurunan dan bergerak melepasi paras Magic Pivot hari ini menuju ke paras support 144.742 (MagicS1). Jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga bakal menguji paras support semasa pada chart GBP/JPY di sekitar paras 144.084 (MagicS2). Dan sekiranya penurunan harga masih berlaku, harga bakal mencari paras terendah yang baru berkemungkinan mencecah ke paras serendah 143.592 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat lonjakan semula, paras resistance 145.892 (MagicR1) dilihat menjadi paras awal yang akan diuji harga. Seterusnya, harga yang berjaya membuat kenaikan melepasi paras tersebut dilihat akan menuju pula ke paras resistance lebih tinggi yang berada di paras 146.384 (MagicR2) di mana turut menjadi paras tumpuan harga sebelum ini. Dan jika Sterling terus didagangkan mengukuh berbanding Yen, harga berkemungkinan mencapai paras ketinggian yang baru di sekitar resistance 147.042 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit dan sentimen semasa dalam pasaran bagi memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Dan jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indikator tambahan tetap pada analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 144.742, 144.084, 143.592.

Paras resistance: 145.892, 146.384, 147.042.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat