Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 6/12/2018

444

Matawang Yen yang mendapat kelebihan dalam suasana pasaran yang berisiko (risk-off) dilihat akan memberi tekanan kepada matawang Sterling yang masih dibayangi isu Brexit dan menjadi kebimbangan dalam pasaran. Namun, matawang Sterling pada dagangan semalam dilihat berjaya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot dari paras terendah pada support 143.300. Harga yang membuat kenaikan menguji zon SBR (support become resistance) di paras 144.300 namun dilihat gagal lepasi kenaikan lebih tinggi pada sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang memulakan dagangan di paras Magic Pivot 143.962 hari ini telah membuat penurunan seawal sesi bermula dan menuju ke paras support 143.400 (MagicS1) dan menguji paras terendah pada dagangan semalam. Jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan destinasi yang menjadi tumpuan harga seterusnya adalah ke paras 142.691 (MagicS2) yang merupakan paras support pada Oktober lalu. Dan sekiranya penurunan harga berjaya breakout paras support tersebut, berkemungkinan harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 142.129 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat lonjakan semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 144.671 (MagicR1). Harga yang terus menyambung kenaikan akan naik lebih tinggi dijangka ke paras sekitar resistance 145.233 (MagicR2) sebelum lonjakan harga seterusnya berpotensi mencapai ketinggian pada resistance 145.942 (MagicR3) untuk harga mengatasi paras ketinggian sebelum ini pada chart GBP/JPY.

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa di mana masing-masing mempengaruhi nilai matawang Sterling dan Yen dan juga pergerakan pada chart GBP/JPY. Indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan sebagai indicator tambahan pada chart GBP/JPY anda untuk mendapatkan analisis teknikal yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 143.400, 142.691, 142.129.

Paras resistance: 144.671, 145.233, 145.942.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat