Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 12/12/2018

289

Matawang GBP didagangkan paling merosot sejak dagangan Isnin lalu setelah Perdana Menteri Britain Theresa May menangguhkan undian Parlimen Britain terhadap perjanjian Brexit yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Selasa. Dapat dilihat harga pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan Isnin menjunam sehingga sekitar 240 pips penurunan selepas breakout paras support 1.26900. Pada dagangan Selasa semalam, harga dilihat membuat pembetulan harga (correction) ke paras Magic Pivot sebelum kembali membuat penurunan semula ke paras terendah harga pada dagangan hari sebelumnya dan terus cuba mencatatkan paras terendah yang baru pada chart GBP/USD.

Bersambung pada dagangan Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan berlegar di bawah paras Magic Pivot 1.2532 hari ini sehingga ke penghujung sesi. Jika harga gagal melonjak semula lebih tinggi, besar kemungkinan harga akan terus membuat penurunan di atas faktor nilai matawang GBP yang terus didagangkan lemah. Harga dilihat akan turun menuju ke paras support 1.2428 (MagicS1) sebelum paras support yang berada lebih rendah iaitu pada 1.237 (MagicS2) akan menjadi tumpuan jika harga masih meneruskan penurunan. Seterusnya, harga dijangka mampu mencecah sehingga ke paras serendah 1.2268 (MagicS3) jika pengukuhan USD terus memberi tekanan terhadap Sterling dan menekan harga ke paras lebih rendah.

Sebaliknya, jika gagal mencatatkan paras terendah yang baru, harga berkemungkinan membuat lonjakan semula melepasi paras Magic Pivot hari ini dan menuju ke paras resistance 1.2588 (MagicR1). Kemudiannya, harga bakal naik menguji semula paras 1.2692 (MagicR2) yang dilihat berpotensi untuk menjadi paras SBR (support become resistance) yang baru pada chart GBP/USD. Dan sekiranya harga masih meneruskan kenaikan melepasi paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance yang berada di paras 1.2748 (MagicR3).

Ikuti perkembangan isu Brexit yang berterusan memberi kejutan dalam pasaran semasa namun anda dinasihatkan supaya lebih berhati-hati khususnya untuk posisi dagangan Sterling. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan pada chart GBP/USD anda untuk mengurangkan risiko dalam setiap posisi dagangan harian anda.

 

Paras support: 1.2428, 1.2372, 1.2268.

Paras resistance:  1.2588, 1.2692, 1.2748.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat