Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 27/9/2018

316

Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD semalam dilihat cuba untuk turun melepasi paras Magic Pivot pada sesi pasaran Eropah namun harga kembali bergerak lebih tinggi semula dari paras Magic Pivot semalam sebelum menguji paras resistance 1.32000 setelah pengumuman kenaikan kadar faedah dikeluarkan oleh FED awal pagi tadi. Harga hampir menyentuh paras resistance MagicR1 sebelum membuat penurunan semula ekoran USD yang mula mengukuh.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan di sekitar paras Magic Pivot 1.3173 sebelum harga mula membuat penurunan di mana harga telah menuju ke paras support 1.3129 (MagicS1). Harga kemudiannya dilihat telah berjaya menembusi (breakout) paras tersebut dan dijangka akan turun lebih rendah berkemungkinan ke paras support 1.3094 (MagicS2). Seterusnya, jika harga masih mengalami kejatuhan dengan momentum USD yang terus kukuh, pasaran akan tertumpu pada paras support 1.3050 (MagicS3) di mana paras tersebut berada pada zon RBS (resistance become support) yang beberapa kali diuji harga sebelum ini.

Namun, sebaliknya jika harga mula membuat kenaikan semula, jangkaan harga akan melepasi paras Magic Pivot 1.3173 hari ini dan menuju ke paras resistance 1.3208 (MagicR1) di mana harga gagal breakout paras tersebut awal pagi tadi. Jika harga meneruskan lagi kenaikan, paras resistance 1.3252 (MagicR2) dilihat paras yang bakal dituju harga sebelum harga bakal menguji paras resistance 1.3287 (MagicR3). Jika harga masih berjaya breakout paras tersebut, harga bakal membuat Higher High yang baru melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Khamis lalu.

Kenaikan kadar faedah oleh FED dijangka akan terus mengukuhkan nilai matawang USD. Beri tumpuan juga terhadap perkembangan isu Brexit dalam memantau pergerakan harga pada chart GBP/USD. Untuk analisis teknikal, gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan anda.

 

Paras support: 1.3129, 1.3094, 1.3050.

Paras resistance: 1.3208, 1.3252, 1.3287.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat