Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 7/11/2018

324

Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD untuk dagangan semalam, harga dilihat bergerak agak mendatar namun masih menunjukkan Sterling yang positif didagangkan berbanding USD. Harga dilihat telah bergerak lebih tinggi dari paras RBS (resistance become support) pada 1.30400 dan sesekali menguji paras Magic Pivot sebelum harga terus bergerak membuat pendakian sehingga melepasi paras resistance MagicR1 semalam. Rundingan Brexit masih dilihat optimis untuk mencapai persetujuan walaupun proses rundingan masih berjalan. Sterling juga mendapat kelebihan berikutan faktor pelabur yang lebih berjaga-jaga terhadap posisi dagangan USD menjelang pilihanraya kongres yang berlangsung hari ini.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat memulakan dagangan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3074 hari ini dan terus membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 1.3127 (MagicR1) dengan jangkaan Parti Demokrasi akan memenangi Pilihanraya yang membuatkan nilai matawang USD melemah. Namun, harga sedikit membuat penurunan sehingga ke paras Magic Pivot semula apabila keputusan semasa memihak kepada Parti Republik yang dilihat lebih mendahului sebelum keputusan terkini kembali menunjukkan Parti Demokrasi memenangi Dewan dengan majoriti. Dengan itu, harga kembali pantul membuat kenaikan semula melepasi paras resistance MagicR1 sebentar tadi dan menuju ke resistance 1.3160 (MagicR2). Jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi, harga dijangka akan membuat higher high yang baru berkemungkinan ke paras resistance pada 1.3213 (MagicR3).

Sebaliknya, jika USD kembali didagangkan mengukuh berbanding GBP, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada paras support 1.3041 (MagicS1) untuk harga menguji kembali zon RBS tersebut. Jika harga berjaya breakout paras tersebut dan membuat penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan menuju ke paras support 1.2988 (MagicS2) sebelum penurunan harga seterusnya boleh mencecah sehingga ke paras 1.2955 (MagicS3) berhampiran zon RBS yang seterusnya pada chart GBP/USD.

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit dalam melihat kesannya terhadap pergerakan harga dalam pasaran semasa terutamanya pada chart GBP/USD ini. Lihat paras yang menjadi tumpuan harga pada chart dengan membandingkan dengan paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3041, 1.2988, 1.2955.

Paras resistance:  1.3127, 1.3160, 1.3123.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat