Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 11/10/2018

188

Dengan keadaan pasaran yang berisiko (risk-off) semalam, matawang komoditi dilihat terkesan di mana dollar CAD didagangkan paling merosot ditambah pula dengan isu kejatuhan harga minyak. Jika dilihat pada chart USD/CAD, harga membuat lonjakan sehingga mencapai zon paras ketinggian harga pada penghujung September lalu di sekitar paras resistance 1.30700. Harga yang didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot pada awal permulaan sesi pasaran Asia kemudiannya melonjak melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line sehingga sesi pasaran New York ditutup.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak perlahan dan masih berada hampir dengan paras 1.30700 namun lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3020 hari ini. Jika harga menyambung kenaikan yang dibuat semalam, harga bakal membuat Higher High yang baru dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada 1.3114 (MagicR1). Kemudiannya, harga akan menuju ke paras resistance 1.3162 (MagicR2) pula sebelum menguji paras 1.32000 iaitu zon paras ketinggian harga pada awal September lalu. Sekiranya harga masih breakout paras tersebut, jangkaan harga akan mencapai paras Higher High yang baru berkemungkinan pada paras resistance 1.3256 (MagicR3) untuk mengatasi paras ketinggian September lalu dan menguji pula zon ketinggian harga yang dicapai pada Julai sebelumnya.

Namun, momentum kenaikan yang agak tinggi bakal memberikan kesan kejatuhan yang agak besar juga terhadap pergerakan harga dalam pasaran. Sekiranya CAD kembali mengukuh selepas ini, harga dilihat akan membuat penurunan semula melepasi paras Magic Pivot 1.3020 dan menuju ke paras support 1.2972 (MagicS1). Seterusnya, harga yang terus ditekan lebih rendah dijangka akan menguji pula paras support 1.2878 (MagicS2) yang turut berada pada zon tumpuan harga sebelum ini. Dan jika harga masih mengekalkan kejatuhan, berkemungkinan harga boleh mencecah ke paras sekitar support 1.2830 (MagicS3).

Pasaran semasa yang masih berisiko akan terus menambahkan tekanan terhadap matawang Loonie dan juga matawang komoditi yang lain. Kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin dan gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.2972, 1.2878, 1.2830.

Paras resistance: 1.3114, 1.3162, 1.3256.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat