Matawang dollar CAD turut didagangkan positif pada dagangan Selasa berikutan kenaikan harga minyak mentah kembali menyokong nilai matawang komoditi tersebut. Dengan pengukuhan Loonie, matawang dollar USD yang turut meneruskan pengukuhan nilainya gagal melonjakkan harga ke paras lebih tinggi pada chart USD/CAD sebaliknya harga didagangkan mendatar dengan kedua-dua nilai matawang tersebut menunjukkan prestasi yang positif. Harga bergerak mendatar antara julat 40 pips dari paras 1.33800 dan paras tertinggi harian pada 1.34200 sepanjang dagangan semalam.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3398 hari ini dilihat membuat penurunan ke paras support 1.3371 (MagicS1) namun kembali pantul semula ke paras Magic Pivot. Jika harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah dari paras support tersebut, paras support pada 1.3352 (MagicS2) akan menjadi destinasi penurunan harga seterusnya. Penurunan lebih rendah lagi dijangka akan ke paras sekitar 1.3325 (MagicS3) jika USD berjaya memberi tekanan terhadap Loonie.
Namun, jika harga berjaya melonjak semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3398 hari ini, paras resistance terdekat iaitu pada 1.3417 (MagicR1) bakal menjadi paras awal yang akan diuji harga. Kenaikan harga seterusnya akan menguji paras ketinggian harga pada minggu lalu di sekitar paras resistance 1.3444 (MagicR2) di mana jika harga berjaya mengatasi paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru pada chart USD/CAD. Paras resistance pada 1.3463 (MagicR3) yang berada sedikit tinggi akan turut diuji dan juga menjadi paras tumpuan harga jika kenaikan harga masih berjaya dikekalkan.
Terus ikuti perkembangan pasaran minyak mentah global dan faktor-faktor ekonomi yang mempengaruhi nilai matawang Loonie dalam pasaran semasa sekaligus memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart USD/CAD. Sentiasa kawal dagangan anda dengan sebaiknya dan gunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian untuk mendapatkan analisis yang berkualiti.
Paras support: 1.3371, 1.3352, 1.3325.
Paras resistance: 1.3417, 1.3444, 1.3463.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI