Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 14/12/2018

240

Melihat perkembangan pada matawang komoditi, Loonie dilihat didagangkan sederhana dengan kestabilan pasaran minyak mentah. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada dagangan semalam dilihat sederhana di mana harga cuba untuk membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot dan menuju ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam, namun harga kembali ditekan semula ke paras Magic Pivot dan bergerak di sekitar paras tersebut sehingga sesi pasaran New York menutup dagangannya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga menunjukkan kenaikan sehingga telah melepasi paras Magic Pivot 1.3358 hari ini dan menuju ke paras resistance 1.3378 (MagicR1) bersambung pada sesi pasaran Eropah. Jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, paras resistance pada 1.3404 (MagicR2) bakal diuji harga sebelum kenaikan seterusnya akan melihatkan harga menguji paras ketinggian harga pada dagangan minggu lalu sekitar 1.3424 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga menunjukkan penurunan dibuat sehingga turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot 1.3358, harga dilihat akan menguji paras support yang diuji pada dagangan Rabu lalu di sekitar paras 1.3332 (MagicS1). Sedikit lagi penurunan akan menyentuh paras support pada 1.3312 (MagicS2) sebelum penurunan harga lebih rendah dijangka akan menuju ke paras support yang menjadi paras tumpuan pada chart USD/CAD iaitu pada 1.3286 (MagicS3).

Terus beri tumpuan pada pasaran minyak mentah global dan jangan lupa kepada data tumpuan malam ini iaitu data jualan runcit AS yang bakal mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran. Rujuk indicator Moshed Magic Line untuk anda mencari paras-paras terbaik bagi posisi dagangan anda pada chart USD/CAD.

 

Paras support: 1.3332, 1.3312, 1.3286.

Paras resistance: 1.3378, 1.3404, 1.3424.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat