Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 16/8/2018

1,212

Matawang US dollar didagangkan bercampur-campur pada minggu ini berikutan sentimen pasaran global semasa yang tidak menentu. Namun sentimen perang dagang dilihat positif dengan laporan rundingan perdagangan bakal diadakan hujung bulan ini di antara China dan Amerika.

Matawang CAD masih diselubungi isu harga minyak. Harga minyak iaitu salah satu eksport utama Kanada ditekan oleh prospek pertumbuhan ekonomi global yang lemah serta data menunjukkan peningkatan inventori minyak mentah di Amerika Syarikat membuatkan matawang Loonie itu terus terbeban.

Jika dilihat pada chart USD/CAD, harga dilihat membuat kenaikan semalam sehingga mencapai paras resistance semasa di 1.31700 sebelum mula bergerak perlahan. Pada awal sesi Asia sehingga jam 4.20 petang tadi, harga masih bergerak perlahan walaupun dilihat membuat sedikit penurunan.

Harga semasa di sekitar paras 1.31300 berada berhampiran paras support Moving Average 100 (MA100) dan jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, harga berkemungkinan untuk turun lebih rendah.

Namun, jika sentimen pasaran semasa menyokong matawang USD untuk terus mengukuh dan CAD terus didagangkan lemah, harga berpotensi untuk menembusi (breakout) paras support semalam di 1.31700 dan membuat kenaikan sehingga paras 1.32600.

Paras support: 1.30670, 1.23359, 1.29419.
Paras resistance: 1.31321, 1.32461, 1.33172.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat