Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 23/10/2018

241

Matawang CAD dilihat didagangkan agak mendatar dengan pelabur sedikit berhati-hati menjelang pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Bank of Canada (BOC) pada minggu ini. Namun, keyakinan terhadap kenaikan kadar faedah kemudiannya sedikit terjejas setelah data domestik menunjukkan kadar inflasi dan jualan runcit yang perlahan akan menjangkakan BOC berkemungkinan tidak akan mempercepatkan kadar kenaikan kadar faedah di negara mereka. Pergerakan harga pada chart USD/CAD pada dagangan semalam dilihat bergerak di sekitar paras Magic Pivot dan gagal melepasi paras ketinggian 1.31200 sebelum harga menutup harga lebih rendah dari paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak di sekitar paras Magic Pivot 1.3102 hari ini pada permulaan sesi dan cuba untuk membuat penurunan namun kembali semula ke paras Magic Pivot tersebut. Harga kemudiannya cuba untuk membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot dan menuju ke paras resistance 1.3125 (MagicR1). Jika USD terus mengukuh berbanding CAD, harga bakal melonjak melepasi paras resistance MagicR1 dan mencari paras ketinggian yang baru mengatasi paras ketinggian sebelum ini berkemungkinan ke paras resistance 1.3149 (MagicR2). Kenaikan harga yang masih diteruskan seterusnya menjangkakan harga bakal mencapai paras ketinggian harga pada 1.3172 (MagicR3).

Namun, sebaliknya jika CAD terus mengukuh semula dalam pasaran berkemungkinan keyakinan terhadap kenaikan kadar faedah kembali meningkat, harga bakal ditekan lebih rendah semula dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada paras support 1.3078 (MagicS1). Kemudiannya, harga yang berjaya breakout paras tersebut untuk turun ke paras lebih rendah dijangka akan menuju ke paras support pada 1.3055 (MagicS2). Penurunan harga yang diteruskan membolehkan harga mencecah penurunan sehingga ke paras 1.3031 (MagicS3) yang juga menjadi paras tumpuan harga sebelum ini.

Kawal posisi dagangan anda pada chart USD/CAD menjelang pengumuman kenaikan kadar faedah oleh BOC pada malam esok. Teliti paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan anda.

 

Paras support: 1.3078, 1.3055, 1.3031.

Paras resistance: 1.3125, 1.3149, 1.3172.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat