Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 28/11/2018

182

Perkembangan ekonomi di Kanada yang kurang memberangsangkan memberi kesan kepada matawang dollar CAD. Loonie terkesan setelah sektor perindustrian di Kanada mencatatkan perkembangan yang lemah dan merungsingkan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau. Ditambah lagi dengan pengukuhan matawang dollar USD dalam suasana pasaran yang berisiko, harga pada chart pasangan matawang USD/CAD menunjukkan kenaikan sehingga kembali menguji paras resistance yang terdahulu. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot sejak sesi pasaran Asia semalam telah melonjak melepasi paras resistance MagicR1 dan resistance MagicR2 sebelum menguji paras ketinggian harga pada dagangan minggu lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak agak perlahan namun berada lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3286. Jika momentum kenaikan harga yang dilakukan semalam masih dikekalkan ke dagangan hari ini, harga bakal menyambung kembali kenaikan dan paras awal yang akan dituju harga adalah pada paras resistance 1.3337 (MagicR1) terlebih dahulu. Selepas berjaya melepasi paras ketinggian itu, harga akan meneruskan kenaikan mencari paras ketinggian baru menuju ke paras 1.3379 (MagicR2) dan menguji zon resistance pada Jun lalu. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan mencari paras ketinggian baru dan berpotensi mencapai paras sekitar 1.3429 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga gagal meneruskan kenaikan dan kembali membuat penurunan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot, harga dilihat akan menuju ke paras support 1.3244 (MagicS1) sebelum penurunan harga seterusnya akan menguji zon support semasa pada chart USD/CAD sekitar paras 1.3194 (MagicS2). Penurunan harga yang masih diteruskan akan melihatkan harga menguji pula paras zon RBS (resistance become support) sekitar 1.3152 yang menjadi antara paras tumpuan harga.

Terus pantau perkembangan ekonomi di Kanada dan juga pasaran minyak mentah global yang mana mempengaruhi nilai matawang Loonie dan juga pergerakan harga pada chart USD/CAD. Kawal posisi dagangan anda dengan bantuan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.3244, 1.3194, 1.3152.

Paras resistance: 1.3337, 1.3379, 1.3429.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat