Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 4/12/2018

184

Kejatuhan pada nilai matawang USD melihatkan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD menunjukkan penurunan yang ketara sehingga 100 pips ke parah lebih rendah pada dagangan semalam. Penurunan harga tersebut turut didorong oleh pengukuhan matawang dollar CAD berikutan kestabilan pasaran minyak mentah dan maklumat terbaru berkenaan Alberta bakal mengurangkan pengeluaran minyak kepada 35K tong sehari dijangka akan terus memberi impak positif terhadap Loonie. Jika diperhatikan semula pada dagangan semalam, harga pada chart USD/CAD membuat penurunan dari paras Magic Pivot sehingga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line semalam dan berlegar di sekitar paras tersebut sehingga pasaran New York mengakhiri dagangannya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.3208 hari ini dan menunjukkan penurunan harga menuju ke paras support 1.3148 (MagicS1). Jika harga berjaya melepasi zon major support tersebut, harga bakal mencari paras terendah yang baru dan berkemungkinan menuju ke paras support 1.3100 (MagicS2). Sekiranya harga terus mengekalkan momentum penurunannya, harga bakal turun menuju ke zon RBS (resistance become support) di paras 1.3040 (MagicS3) yang telah diuji pada awal November lalu namun gagal ditembusi.

Namun, jika harga melonjak semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3208, harga dijangka akan naik menguji paras SBR (support become resistance) di paras 1.3256 (MagicR1). Seterusnya, harga akan menguji pula zon ketinggian harga pada dagangan Khamis lalu di sekitar paras resistance 1.3316 (MagicR2) sebelum kenaikan harga seterusnya akan menguji zon major resistance pada chart USD/CAD di sekitar paras 1.3364 (MagicR3).

Ikuti perkembangan pasaran minyak mentah global yang memberi kesan pada perubahan nilai matawang Loonie dan juga pergerakan harga pada chart USD/CAD. Untuk tambahan pada chart USD/CAD anda, jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tetap pada analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.3148, 1.3100, 1.3040.

Paras resistance: 1.3256, 1.3316, 1.3364.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat