Siri kenaikan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD masih diteruskan sehingga dagangan semalam. Kenaikan harga semalam dilihat telah melepasi paras resistance MagicR1 dan resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line. Sentimen pasaran yang berkemungkinan akan kembali berisiko bakal memberi kelebihan terhadap dagangan USD, sementara Loonie pula masih terkesan akibat kejatuhan harga minyak mentah dengan ekonomi global yang bergerak pada kadar yang perlahan. Harga pada chart USD/CAD sepanjang minggu ini telah merekodkan sekitar 230 pips kenaikan sehingga ke dagangan hari ini dan pasaran akan memberi tumpuan pula pada laporan data pekerjaan Kanada malam ini.
Pada sesi pasaran Asia pag ini, harga masih menunjukkan tanda-tanda kenaikan harga di mana harga terus mengatasi paras ketinggian pada dagangan semalam. Kenaikan lebih tinggi harga dilihat akan menyentuh paras resistance yang berada pada 1.3348 (MagicR1). Jika harga terus membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, zon resistance sebelum ini di sekitar paras 1.33600 bakal ditembusi sebelum harga menuju ke paras sekitar 1.3389 (MagicR2). Harga berkemungkinan akan mencatatkan paras ketinggian terbaru dengan lonjakan seterusnya dilihat mampu mencecah ke paras resistance pada 1.3462 (MagicR3).
Namun, jika momentum kenaikan harga semakin lemah dan harga mula menunjukkan penurunan pada dagangan hari ini, harga bakal turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot 1.3275 sebelum menuju ke paras support terdekat pada 1.3234 (MagicS1). Penurunan lebih rendah harga dijangka akan menuju ke zon RBS (resistance become support) dan menguji paras 1.3161 (MagiS2). Sekiranya harga berjaya turun menembusi zon tersebut, jangkaan destinasi tumpuan harga seterusnya adalah pada support sekitar 1.3120 (MagicS3).
Beri tumpuan pada laporan data pekerjaan Kanada yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini serta pantau juga perkembangan pasaran minyak mentah yang masih memberi tekanan terhadap matawang Loonie buat masa ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian anda khususnya pada chart USD/CAD bagi membantu anda mendapatkan hasil analisis yang lebih jelas dan memberi kelebihan pada dagangan anda.
Paras support: 1.3234, 1.3161, 1.3120.
Paras resistance: 1.3348, 1.3389, 1.3462.