Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 12/11/2018

276

Pasangan matawang safe-haven USD/JPY pada dagangan minggu lalu menunjukkan pergerakan harga yang mendatar dengan kedua-duanya didagangkan lemah. Sentimen pasaran yang kembali pulih membuatkan para pelabur beralih ke arah aset berpulangan tinggi dan menyebabkan kejatuhan nilai Yen sementara USD didagangkan berisiko berikutan pilihanraya yang berlangsung di AS pada minggu lalu. Pada dagangan Jumaat lalu, harga dilihat bergerak mendatar sekitar paras Magic Pivot dan cuba membuat penurunan menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line namun harga kembali semula ke paras Magic Pivot dan menutup dagangan sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 113.839 hari ini dan dilihat terus membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 114.034 (MagicR1) dan menguji paras tertinggi harga minggu lalu itu untuk beberapa ketika. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan dengan pengukuhan USD hari ini, harga bakal mencari paras ketinggian yang baru dan dilihat akan membuat kenaikan menuju ke paras resistance 114.281 (MagicR2). Seterusnya, harga yang terus melonjak bakal menyaksikan harga menguji paras resistance 114.476 (MagicR3) yang merupakan zon ketinggian harga yang dicapai pada September lalu.

Sebaliknya, jika sentimen pasaran semasa kembali memihak kepada pengukuhan Yen semula, harga dijangka akan turun melepasi paras Magic Pivot 113.839 hari ini sebelum menuju ke paras support 113.592 (MagicS1). Kemudiannya, paras tumpuan harga pada support yang lebih rendah iaitu pada 113.397 (MgicR2) dijangka bakal menjadi destinasi penurunan harga yang seterusnya sebelum harga yang terus mengalami kejatuhan boleh mencecah sehingga paras serendah 113.150 (MagicS3).

Sentimen pasaran semasa yang dilihat kembali berisiko pada minggu ini bakal memberi kelebihan pada matawang Yen, namun pengukuhan USD ke arah pengetatan dasar polisi berkemungkinan dijangka akan lebih mendominasi. Terus mengikuti perkembangan sentimen pasaran semasa yang memberi kesan kepada pasangan matawang safe-haven USD/JPY ini. Dan lengkapkan analisis teknikal anda dengan menjadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan bagi mencari paras-paras harga yang berpengaruh pada chart USD/JPY.

 

Paras support: 113.592, 113.397, 113.150.

Paras resistance: 114.034, 114.281, 114.476.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat