Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 12/12/2018

173

Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga telah membuat kenaikan sejak awal minggu ini dari paras terendah pada support 112.300 dan terus mencari paras ketinggian terbaru. Matawang dollar USD didagangkan lebih mengukuh berbanding Yen sejak awal minggu berikutan sentimen pasaran semasa yang semakin stabil dan data ekonomi domestik AS yang memberangsangkan meningkatkan lagi permintaan terhadap matawang USD. Pada dagangan semalam, harga yang bergerak di atas paras Magic Pivot kemudiannya telah membuat kenaikan sehingga ke paras sekitar 113.470 mengatasi paras ketinggian dagangan hari sebelumnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat masih cuba untuk meneruskan lonjakan seawal sesi bermula dan menuju ke paras resistance 113.562 (MagicR1). Jika harga terus membuat kenaikan melepasi paras resistance tersebut, paras resistance pada 113.750 (MagicR2) yang berada lebih tinggi pula bakal diuji kembali oleh harga. Seterusnya, pasaran akan menunggu reaksi kenaikan harga pada paras 114.023 (MagicR3) untuk menguji paras ketinggian yang dicapai pada penghujung dagangan November lalu.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 113.289 hari ini, paras awal penurunan dilihat akan menuju ke paras support 113.101 (MagicS1). Kemudian, harga akan meneruskan penurunan menuju ke paras support 112.828 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah dilihat akan mencecah ke paras 112.640 (MagicS3).

Terus beri tumpuan terhadap sentimen dalam pasaran semasa di mana menjadi faktor utama terhadap pergerakan harga pada chart USD/JPY. Lihat paras support dan resistance pada chart USD/JPY dan bandingkan dengan paras-paras pada indicator Moshed Magic Line dan anda boleh nilai sendiri keberkesanan paras-paras tersebut dalam analisis teknikal anda.

 

Paras support: 113.101, 112.828, 112.640.

Paras resistance: 113.562, 113.750, 114.023.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat