Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 22/11/2018

172

Pergerakan harga pada chart pasangan safe-haven USD/JPY banyak digerakkan oleh sentimen pasaran semasa. Sentimen pasaran yang kembali pulih akan memberi kesan kepada matawang safe-haven USD dan Yen terutamanya berikutan aliran pelaburan mula terarah kepada aset yang berpulangan tinggi. Oleh itu, permintaan terhadap matawang USD dan Yen akan berkurangan dan seterusnya melemahkan nilai dagangannya. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat kenaikan dari paras Magic Pivot dan melepasi paras resistance MagicR1 hampir menyentuh paras resistance MagicR2 semalam sebelum harga bergerak mendatar di sekitar paras 113.00.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga masih dilihat menyambung pergerakan mendatar harga dan dilihat membuat penurunan menyentuh paras Magic Pivot 112.941 hari ini. Namun harga masih bergerak perlahan sedikit tinggi dari paras Magic Pivot menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga kembali membuat kenaikan menyambung pergerakan harga semalam, harga dilihat akan menuju ke paras resistance pada 113.246 (MagicR1). Seterusnya, kenaikan harga bakal menuju pula ke paras 113.445 (MagicR2) sebelum harga terus ke paras lebih tinggi menguji zon SBR (support become resistance) sekitar paras 113.750 (MagicR3).

Namun, jika harga berjaya membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 112.742 (MagicS1). Kemudiannya harga berkemungkinan meneruskan penurunan ke paras zon support yang diuji harga minggu ini sekitar paras 112.437 (MagicS2) dan sekiranya harga berjaya membuat penurunan lebih rendah, harga bakal mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart USD/JPY sekitar paras 112.238 (MagicS3).

Terus beri tumpuan terhadap perubahan pada sentimen dalam pasaran semasa yang menjadi faktor utama kepada pergerakan harga pada chart USD/JPY. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk mendapatkan analisis teknikal harian yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 112.742, 112.437, 112.238.

Paras resistance: 113.246, 113.445, 113.750.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat