Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 24/9/2018

289

Pandangan teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY pada Jumaat lalu dilihat telah membuat Higher High yang baru sehingga melepasi paras resistance MagicR1 dan hampir menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kembali membuat penurunan ke paras zon RBS (resistance become support) di 112.400. Harga didagangkan berdekatan zon 112.400 pada permulaan sesi pasaran Asia minggu ini di mana harga masih bergerak rendah dari paras Magic Pivot 112.613 dan harga semasa didagangkan pada paras 112.58 setakat jam 3.32 petang.

Jika harga tidak berjaya melepasi paras Magic Pivot 112.613 hari ini, jangkaan harga akan terus didagangkan rendah dan pergerakan harga bakal membuat penurunan lebih rendah melepasi support 112.361 (MagicS1) dan menuju ke paras support 112.167 (MagicS2) yang dilihat berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini. Jika harga masih menyambung penurunannya, jangkaan harga akan bergerak lebih rendah ke paras support 111.915 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali melonjak semula, harga dijangka akan menembusi (breakout) paras resistance 112.807 (MagicR1) dan seterusnya bakal membuat Higher High yang baru berkemungkinan di paras resistance 113.059 (MagicR2). Seterusnya, jika harga masih membuat kenaikan, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian di resistance 113.253 (MagicR3).

Ikuti perkembangan berita-berita ekonomi semasa yang memberi kesan terhadap sentimen pasaran semasa yang mana turut mempengaruhi pergerakan matawang khususnya bagi pair safe-haven USD/JPY ini. Perhatikan paras support dan resistance yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line dalam membantu trading anda.

 

Paras support: 112.361, 112.167, 111.915.

Paras resistance: 112.807, 113.059, 113.253.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat