Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 25/10/2018

212

Sentimen pasaran berisiko memberi kelebihan kepada matawang safe-haven terutamanya Yen. Yen dilihat lebih mengukuh berbanding USD pada dagangan semalam di mana harga dilihat telah membuat penurunan pada chart pasangan matawang USD/JPY. Harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan pada sesi pasaran Asia bersambung ke sesi pasaran Eropah, namun harga kembali ditekan lebih rendah dari paras Magic Pivot semalam pada sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat beberapa kali turun menguji paras support 111.964 (MagicS1) sebelum kembali pantul semula menuju ke paras Magic Pivot 112.357 hari ini. Harga semasa didagangkan pada paras 112.160 setakat jam 2.54 petang. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot, jangkaan harga akan menjunam semula dan menguji paras 111.692 (MagicS2) yang berada pada paras major support sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut dan cuba mencari paras lower low yang baru, paras support 111.299 (MagicS3) dilihat bakal menjadi destinasi harga yang seterusnya.

Namun, jika USD mula didagangkan mengukuh berbanding JPY, harga boleh melonjak semula melepasi paras Magic Pivot 112.357 dan menuju ke paras resistance 112.629 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya bakal menyaksikan harga membuat higher high yang baru menuju ke paras resistance 113.022 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Seterusnya, harga yang terus mengekalkan kenaikan yang dibuat berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang baru ke sekitar paras 113.294 (MagicR3).

Sentiasa peka dengan perubahan sentimen semasa dalam pasaran yang mempengaruhi pergerakan harga pada pasangan matawang safe-haven USD/JPY ini. Indicator Moshed Magic Line sangat disyorkan untuk kegunaan anda untuk melengkapkan analisis teknikal harian bagi mendapatkan analisis yang berkualiti.

 

Paras support: 111.964, 111.692, 111.299.

Paras resistance: 112.629, 113.022, 113.294.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat