Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 29/11/2018

198

Setelah pergerakan menaik yang ditunjukkan pada chart pasangan matawang USD/JPY sejak dua minggu lalu, akhirnya harga menunjukkan tanda-tanda penurunan setelah kejatuhan nilai matawang USD semalam. Pada dagangan semalam, harga dilihat telah membuat kenaikan dan mencatatkan paras ketinggian dua minggu pada paras resistance 114.000 berhampiran paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga membuat terjunan sekitar 60 pips melepasi paras Magic Pivot dan menguji paras support MagicS1 sebelum sedikit pantul semula pada penghujung sesi dagangan New York.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang dilihat berada di bawah paras Magic Pivot 113.709 dilihat kembali menyambung penurunan dan telah melepasi paras support 113.381 (MagicS1) dan menuju pula ke paras support yang lebih rendah iaitu pada paras 113.099 (MagicS2). Paras tersebut juga dilihat berada pada zon RBS (resistance become support) semasa pada chart USD/JPY yang bakal menjadi tumpuan harga. Dan jika paras tersebut berjaya ditembusi harga, penurunan seterusnya dijangka akan menuju pula ke paras support 112.771 (MagicS3) yang telah diuji pada penghujung November lalu namun gagal ditembusi.

Namun, jika sebaliknya harga kembali bergerak melawan arah dan membuat kenaikan semula pada chart USD/JPY ini, harga bakal bergerak melepasi paras Magic Pivot hari ini dan menguji paras ketinggian harga semalam di paras resistance 113.991 (MagicR1). Jika harga berjaya melepasi kenaikan pada paras tersebut, harga bakal mencari paras ketinggian yang baru dan berkemungkinan menuju ke paras 114.319 (MagicR2). Lonjakan harga yang masih diteruskan dilihat boleh mencapai sehingga ke paras sekitar 114.601 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat dan Jepun serta sentiasa beri tumpuan terhadap perubahan pada sentimen pasaran semasa yang mana memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY ini. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras support dan resistance terbaik pada setiap analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 113.381, 113.099, 112.771.

Paras resistance: 113.991, 114.319, 114.601.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat