Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 31/12/2018

207

Suasana sentimen dalam pasaran dilihat masih berisiko berikutan kebimbangan terhadap perutmbuhan global yang perlahan. Namun perkembangan pada isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang menjadi tumpuan penghujung minggu lalu dilihat kembali sedikit reda setelah rundingan dalam panggilan antara Presiden Donald Trump bersama rakan sejawatanya dari China, Xi Jinping berkenaan perkembangan dalan hubungan dagang mereka berjalan lancar. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY pada dagangan Jumaat lalu menunjukkan pergerakan harga yang menurun dari paras Magic Pivot dan turun lebih rendah dari paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line ke paras terendah sekitar 110.100.

Pada sesi pasaran Asia permulaan dagangan minggu ini, harga dilihat cuba untuk membuat sedikit kenaikan dan bergerak ke paras Magic Pivot 110.454 hari ini dan menguji paras tersebut sehingga penghujung sesi dagangan Asia. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi, jangkaan harga akan turun kembali menuju ke paras support 109.911 (MagicS1) untuk mencatatkan paras terendah yang baru. Seterusnya, harga yang terus membuat penurunan lebih rendah bakal melepasi pula paras support 109.582 (MagicS2) dan sekiranya momentum penurunan harga berjaya dikekalkan, harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 109.039 (MagicS3).

Namun, jika harga menunjukkan pergerakan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan kenaikan harga akan menuju ke paras resistance 110.783 (MagicR1). Kemudian, harga yang meneruskan kenaikan bakal menguji paras tumpuan harga pada resistance 111.326 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan bakal melihatkan harga menyentuh paras resistance pada 111.655 (MagicR3) pada chart USD/JPY.

Ikuti perkembangan sentimen dalam pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY dan juga beri tumpuan terhadap laporan data pekerjaan NFP yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur pada Jumaat ini. Lihat juga paras support dan resistance pada chart USD/JPY anda berpandukan indicator Moshed Magic Line yang disediakan.

 

Paras support: 109.911, 109.582, 109.039.

Paras resistance: 110.783, 111.326, 111.655.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat