Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 5/11/2018

300

 

Secara teknikal, harga yang menguji paras RBS (support become resistance) di 112.700 pada chart pasangan matawang USD/JPY kembali membuat lonjakan semula pada sesi dagangan Jumaat untuk harga menguji semula paras ketinggian semasa harga yang dicapai sebelum ini. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang membuat kenaikan dari paras SBR 112.700 telah melepasi paras resistance MagicR1 sebelum kembali pantul ke paras Magic Pivot semula. Seterusnya harga telah melonjak melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line berikutan matawang USD berjaya mengukuh berbanding Yen dengan data pekerjaan NFP yang dikeluarkan positif walaupun kedua-dua matawang safe-haven ini sebelumnya didagangkan merosot ekoran sentimen pasaran semasa yang kembali pulih.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak mendatar pada permulaan sesi namun cuba membuat kenaikan menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah untuk harga menguji paras ketinggian harga pada Jumaat lalu. Pengukuhan yang berjaya dikekalkan USD berkemungkinan melihatkan harga menuju ke paras resistance pada 113.490 (MagicR1) sekaligus mengatasi paras ketinggian harga minggu lalu. Harga yang menyambung pendakian bakal menuju ke paras tumpuan harga seterusnya berkemungkinan ke paras resistance 113.792 (MagicR2). Dan sekiranya sentimen pasaran semasa kekal membuatkan matawang Yen didagangkan rendah, USD berkesempatan untuk melonjakkan harga sehingga ke paras resistance pada 114.258 (MagicR3) dan berkemungkinan bakal menguji paras harga pada 114.500 yang merupakan paras ketinggian yang diuji harga pada Oktober ini dan juga beberapa kali diuji tahun lalu namun masih gagal ditembusi harga.

Sebaliknya, jika perubahan pada sentimen pasaran semasa kembali membuatkan pelabur beralih ke matawang Yen, harga dijangka akan membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 113.024 hari ini seterusnya menuju ke paras support 112.722 (MagicS1) untuk harga menguji zon RBS ini. Sekiranya harga dilihat berjaya breakout paras tersebut dan meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, paras yang dilihat menjadi tumpuan harga seterusnya adalah pada support 112.256 (MagicS2). Kemudian, harga yang terus mengalami kejatuhan pada chart USD/JPY ini dilihat akan ke paras support yang berada lebih rendah iaitu pada 111.954 (MagicS3) yang turut merupakan paras tumpuan harga.

Pasaran minggu ini akan tertumpu kepada mesyuarat FOMC pada Jumaat ini serta beri tumpuan juga pada sebarang isu global semasa yang turut mempengaruhi perubahan sentimen pasaran sekaligus memberi kesan terhadap nilai matawang safe-haven USD dan Yen ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal anda pada chart USD/JPY ini.

 

Paras support: 112.722, 112.256, 111.954.

Paras resistance: 113.490, 113.792, 114.258.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat