
Dari segi teknikal, USD/JPY semalam membuat penurunan sehingga ke paras 110.830 daripada paras resistance sebelumnya di sekitar paras 111.430. Harga dilihat menyambung penurunan sehingga paras 110.720 sebelum membuat kenaikan pada petang ini sehingga paras semasa di sekitar 111.100. Walaupun membuat sedikit penurunan hari ini, harga kembali bergerak dalam julat harga semalam di 111.437-110.829. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras support 110.720, harga berpotensi untuk turun lebih rendah sehingga paras support 110.111.
Perhatikan pergerakan harga di sekitar level-level berikut:
Paras support: 110.719, 110.470, 110.111.
Paras resistance: 111.327, 111.686, 111.935.






















































