Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 9/8/2018

1,203

Sentimen semasa tidak menyebelahi matawang USD buat masa ini walaupun ia agak menguat pada sesi London hari Khamis. USD dilihat masih bergelut dengan isu geopolitik antara AS-Iran. Tambahan pula dengan isu tarif antara AS-China dijangka memberi tekanan kepada USD. Sebaliknya, isu-isu yang melanda di Amerika Syarikat itu memberi kesan positif terhadap matawang JPY ekoran permintaan yang semakin meningkat.

Dari segi teknikal, USD/JPY semalam membuat penurunan sehingga ke paras 110.830 daripada paras resistance sebelumnya di sekitar paras 111.430. Harga dilihat menyambung penurunan sehingga paras 110.720 sebelum membuat kenaikan pada petang ini sehingga paras semasa di sekitar 111.100. Walaupun membuat sedikit penurunan hari ini, harga kembali bergerak dalam julat harga semalam di 111.437-110.829. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras support 110.720, harga berpotensi untuk turun lebih rendah sehingga paras support 110.111.

Perhatikan pergerakan harga di sekitar level-level berikut:

Paras support: 110.719, 110.470, 110.111.
Paras resistance: 111.327, 111.686, 111.935.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat