Antara situasi dalam pasaran yang mengejutkan pelabur ketika ini adalah lonjakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY yang telah melepasi paras kritikal 150.00.
Pengukuhan berterusan US dolar menuju ke penghujung minggu ini antara yang mendorong kenaikan harga berlaku pada carta tersebut.
Namun sebelum ini, pelabur telah lama memerhatikan sebarang reaksi pada paras 150.00 yang digelar sebagai “line of defense” dengan jangkaan bank pusat dan kerajaan Jepun akan berbuat sesuatu apabila harga mencapai paras itu.
Namun, lonjakan berlaku di penghujung sesi New York dan kenaikan diteruskan lebih tinggi di sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan melepasi hingga paras ketinggian 150.500.
Meneliti ucapan oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, beliau menekankan bahawa polisi monetari bank pusat Jepun (BOJ) sedang menjurus ke arah mencapai inflasi yang stabil selari dengan usaha meningkatkan pendapatan.
Pelabur kekal berwaspada untuk kebarangkalian campur tangan (intervention) yang boleh berlaku.
Paras kritikal seterusnya yang diperhatikan adalah pada ketinggian 151.900, yang merupakan paras tertinggi dicapai pada Oktober tahun lalu.
Jika harga kekal meneruskan kenaikan lebih tinggi mengatasi paras tersebut, harga akan mencatatkan rekod tertinggi harga untuk tempoh dagangan 32 tahun.
Sekiranya harga kembali susut semula, paras tumpuan pada 150.00 bakal diuji dan pelabur akan memerhati reaksi menarik harga di sekitar tersebut.
Jika berlaku campur tangan secara terus dalam pasaran, harga boleh menjunam drastik di bawah 150.00 semula dengan paras-paras tumpuan sebelum ini akan disasarkan sehingga ke sekitar paras 147.400.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG