Analisis WTI- Minyak Junam Ke Paras Terendah 15 Bulan

257

Dagangan minyak mentah terus berada di bawah tekanan susulan kebimbangan baharu yang tercetus daripada isu Credit Suisse.

Harga saham Credit Suisse menjunam lebih 20% dalam penjualan sehari terbesarnya pada hari Rabu, menyebabkan pelabur bimbang bahawa krisis bank Amerika Syarikat telah menular hingga ke Eropah.

Ini sekali gus mendorong kedua-dua penanda aras minyak mentah Brent dan WTI Amerika Syarikat susut ketara lebih 4%, sebelum kembali pulih pada sesi dagangan hari ini.

Sesi Eropah melihatkan, niaga hadapan Brent didagangkan pada $74 setong manakala WTI AS pula melemah pada $67 setong.

Meneliti pergerakan carta harga XTI/USD, harga telah membuat junaman ke sekitar 66.00, paras terendah sejak Disember 2021.

Menyambung dagangan hari ini, harga dilihat melantun semula ke sekitar 68.50, namun, dijangka ia akan menyambung penurunan lebih rendah disebabkan isu yang berlegar dalam pasaran.

Jika penurunan diteruskan, harga mungkin akan menuju ke paras sekitar 63.10 yang pernah diuji pada penghujung November 2021 yang lalu.

Akan tetapi, sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan, paras 72.60 mungkin jadi sasaran untuk dicapai yang merupakan paras rintangan semalam (Rabu).

Lihat gambar carta harga pasangan XTI/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat