Ancaman Monkeypox Kini Dikesan Di 3 Negara Lagi!

1,260

‘Silih berganti penyakit datang melanda penduduk bumi beberapa tahun ini.’

Dikala ini dunia baru sahaja mahu ‘bernafas’ semula, malah belum sepenuh menang menentang virus Covid-19, kini satu wabak baru telah muncul sehingga kembali menggugat kesejahteraan dunia.

Wabak yang dimaksudkan adalah cacar monyet (monkeypox) dan menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), virus ini boleh dibendung dengan tindak balas yang betul sungguh pun kebiasaannya ia sukar untuk dikesan di luar Afrika.

Di bawah adalah ringkasan mengenai monkeypox yang dipetik dari WHO.

  • Pertama kali dikesan pada monyet di Afrika.
  • Sama seperti cacar biasa namun kurang bahaya dan sukar merebak.
  • Cara penyebaran melalui sentuhan pada pakaian atau tuala orang yang terkena virus, dan menyentuh cacar dan luka pesakit secara terus.
  • Pada sesetengah kes, batuk dan bersih pesakit juga boleh menyebarkan virus.
  • Antara simptom adalah demam, sakit kepala, bengkak, sakit otot, kepenatan, tumbuh ruam pada muka atau tangan dan kaki

Setakat ini sebanyak 18 negara telah mengesan virus monkeypox merentasi 3 benua iaitu Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, dan 237 kes dilaporkan seluruh dunia di luar Afrika.

Antara terbaharu Republik Czech serta Slovenia melaporkan kes pertama mereka pada Selasa, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara Teluk Timur Tengah pertama merekodkan kes tersebut.

Menurut pegawai kesihatan UAE, kes monkeypox dikenalpasti dibawa oleh seorang pengembara yang melawati Afrika Barat baru-baru ini dan sedang menerima rawatan.

Selain itu, kerajaan UAE sedang bersedia seepnuhnya untuk menangani wabak tersebut dan bakal melaksanakan protokol pengawasan awal untuk mengesan penyakit tersebut.

Dalam pada itu, WHO memandang serius mengenai perkara ini dan bakal mengumumkan rancangan vaksinasinya untuk membendung penyebaran monkeypox di seluruh dunia.

Dalam pada itu, kerajaan Jerman telah memulakan inisiatifnya tersendiri dengan memesan 40,000 dos vaksin Imvanex yang digunakan untuk merawat cacar biasa sementara Perancis turut mengumumkan kempen vaksinasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat