“Wow, adakah harga ADA akan naik lagi tinggi lepas ni?”
Charles Hoskinson, pengasas Cardano (ADA) baru-baru ini telah menunjukkan minat dalam memeterai perjanjian bersama bursa mata wang kripto berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Kraken bagi membina rangkaian blockchain layer-2.
Langkah tersebut telah dilakukan sejurus selepas Hoskinson mendapati bahawa Kraken sedang giat mencari pembangun blockchain untuk meningkatkan keupayaan teknologinya.
Matlamat Kraken yang melancarkan rangkaian layer-2 adalah sebagai sebahagian daripada perkembangan lebih luas di kalangan firma kripto yang melanjutkan operasinya ke dalam pembangunan teknologi blockchain.
Selain membuka aliran hasil baharu, strategi itu juga dapat mengukuhkan kedudukan ADA dan Kraken dalam pasaran kripto yang sejak kebelakangan ini semakin berkembang pesat.
Pada sisi berbeza, penyelidikan Coinbase untuk rangkaian layer-2 dipanggil Base dibina di atas OP Stack dengan kerjasama Optimisme telah berjaya meningkatkan kecekapan dan pengalaman pengguna yang ingin menjalankan aplikasi decentralized pada Ethereum (ETH).
Menerusi pemerhatian pada carta harga, ADA perlu memecahkan zon rintangan $0.37 terlebih dahulu untuk meneruskan kenaikan sehingga $0.36 dan $0.43, tetapi jika gagal maka aset digital itu mampu jatuh semula pada $0.32 diikuti $0.30.
Sehingga berita ini ditulis, harga ADA masih mencatatkan terjunan sebanyak 7.12% pada paras $0.35 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $12 bilion seterusnya turun kira-kira 2.21% sepanjang minggu lepas.