Angka Kes Baru COVID-19 China Dipertikai Lagi, Amerika Mahukan Pengesahan!

428

Kredibiliti China dalam melaporkan kes baru coronavirus di negara itu, dipertikai oleh Amerika Syarikat yang meminta pemerhati berkecuali untuk menilai sejauh mana perkembangan wabak tersebut.

Setelah melaporkan 158 kes sejak kluster baru dikesan minggu lalu , China mengambil keputusan untuk menutup ibu negaranya, Beijing bagi mengekang daripada berlakunya gelombang kedua.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo telah menggesa supaya China lebih telus dalam melaporkan hal ini, ketika pertemuannya bersama pegawai kanan China, Yang Jiechi di Hawaii pada Rabu.

Sementara itu, diplomat AS, David Stilwell yang mengiringi Pompeo pula berharap supaya laporan yang diterbitkan China lebih tepat berbanding yang pernah dilihat dari kes Wuhan dan beberapa tempat lain di negara itu sebelum ini.

Susulan daripada itu, Stilwel mencadangkan supaya ada pemerhati berkecuali yang boleh memerhati dan mendapatkan pengesahan mengenai laporan kes baru di Beijing.

Angka kes baru China diragui apabila beliau turut mengemukakan laporan dalam jurnal saintifik yang menunjukkan anggaran lebih tinggi bagi kes coronavirus di Wuhan, di mana wabak maut itu pertama kali dikesan akhir tahun lalu.

China sebelum ini dilaporkan berada di fasa selamat untuk tempoh dua bulan dengan hanya merekodkan kes yang sedikit sebelum 12 Jun, apabila kes melonjak kepada 51 jangkitan. Ekoran daripada itu, Beijing mempertingkatkan ujian saringan setelah kluster terbaru muncul di Xinfadi, pasaraya makan terbesar di Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat