Angkara Coronavirus, Keupayaan China Untuk Penuhi Sasaran Pembelian Import A.S Boleh Terjejas

488

Penyebaran coronavirus dari China yang membawa maut dikatakan berpotensi untuk menjejaskan kemampuan Beijing untuk memenuhi komitmen dalam perjanjian perdagangan fasa 1 yang ditandatangani bersama Amerika Syarikat baru-baru ini.

Sebagai sebahagian daripada syarat dalam perjanjian fasa 1, China telah bersetuju untuk membeli US$200 bilion tambahan barangan import A.S selama dua tahun, termasuk produk pertanian daripada negara itu.

Bagaimanapun, dengan peningkatan mendadak dalam penularan wabak coronavirus telah mendorong penurunan dalam harga komoditi dan menyebabkan beberapa bandar utama di negara itu ditutup, ia dilihat lebih sukar untuk dicapai oleh Beijing.

Penganalisis beranggapan bahawa jika krisis ini berlanjutan lebih lama, maka keupayaan untuk memenuhi sasaran pembelian semakin sukar disebabkan kesan yang dialami oleh ekonomi China bertambah buruk.

Setakat hari ini, angka kematian dicatatkan mencecah 132 orang manakala lebih 6000 orang dilaporkan telah dijangkiti oleh virus tersebut, menghampiri jumlah kes SARS yang direkodkan pada tahun 2002/2003.

Kebimbangan terhadap kejatuhan dalam permintaan komoditi utama di China telah mendorong penurunan terhadap banyak harga barangan terutamanya yang turut tergolong dalam komitmen pembelian dalam perjanjian dagang.

Ini merujuk kepada harga soya yang didagangkan dalam pasaran A.S pada Selasa menunjukkan kejatuhan ke paras terendah sejak Mei tahun lalu manakala harga jagung, gandum, minyak dan minyak sayuran juga turut terjejas.

Penganalisis sebelum ini meragui sasaran pembelian yang perlu dipenuhi oleh China kerana ia memerlukan perubahan besar dalam amalan perdagangan negara itu dan potensi akan berlakunya lambakan komoditi disebabkan kemungkinan tiada permintaan domestik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat