Angpau Merdeka $2.5 Bilion Dari Goldman Sachs Untuk Malaysia

711

Malaysia akhirnya telah menerima pengembalian bayaran pertama berjumlah $2.5 bilion daripada Goldman Sachs semalam.

Dikatakan akaun escrow yang membenarkan pihak ketiga memegang aset atau wang, mewakili kedua-dua pihak itu sedang di dalam proses untuk menyelesaikan transaksi tersebut.

Menurut sumber lagi, selepas ini Malaysia akan bekerjasama dengan Goldman Sachs untuk mengesan aset lain dan pelaku penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih gagal dikesan.

Untuk pengetahuan, pada akhir Julai lagi Goldman Sachs telah bersetuju untuk melunaskan bayaran bernilai hampir $4 bilion, yang mana merangkumi $2.5 bilion tunai dan $1.4 bilion sebagai jaminan pengembalian penuh keseluruhan aset 1MDB.

Sedia maklum pelbagai pihak berkuasa seluruh dunia telah terlibat dalam rampasan aset 1MDB, turut melibatkan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low dan dua bekas pegawai Goldman, Tim Leissner dan Roger Ng.

Manakala pada awal Ogos, Malaysia dan Goldman Sachs telah menandatangani satu perjanjian penyelesaian isu tersebut, menuntut pembayaran sebanyak $2.5 juta dalam tempoh 10 hari perjanjian.

Dilaporkan penyelesaian yang termeterai mengambil masa lima hari rundingan sengit di Kuala Lumpur pada Julai lalu sebelum diumumkan persetujuan kedua-dua pihak pada tanggal 24 bulan yang sama.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat