Anime : Antara Guru Terbaik Dalam Forex Trading

3,998

Rancangan siri animasi disebut sebagai ‘anime’ yang popular di Jepun mula diperkenalkan pada tahun 1907 dengan lebih menumpukan tarikan kepada golongan muda.

Kini, anime menjadi semakin popular di seluruh dunia dan mempunyai pengaruh yang kuat terutamanya dalam kalangan remaja. Apa yang mengagumkan ialah watak-watak anime tersebut juga digunakan dalam pasaran forex.

Perasan atau tidak, terdapat banyak gelaran strategi forex dan penasihat-penasihat pakar dalam bidang tersebut menggunakan nama jolokan yang dikaitkan dengan anime.

Selain itu, jenama-jenama terkemuka seperti Amazon, Nike, McDonald’s dan sebagainya mula menyedari akan pengaruh animasi dan turut berminat memilih untuk menaja mereka.

Persoalannya, apakah kaitan anime dengan forex trading?

Hakikatnya, terdapat beberapa watak animasi yang dapat kita jadikan sebagai ‘guru’ dalam forex trading. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah yang dapat dipelajari melalui watak-watak tersebut?

1. Naruto : Jangan putus asa!

Naruto merupakan satu watak animasi yang boleh dijadikan idola oleh para pelabur.

Naruto, hero utama yang kadangkala gagal dan memiliki prestasi lemah berbanding orang lain namun, tidak pernah kenal erti putus asa malah sentiasa memperbaiki diri dengan adanya strategi dan teknik baru yang mendorong ke arah kemenangan.

Sikap tersebut perlu diterapkan dalam diri forex trader. Untuk berjaya, anda perlu belajar, berlatih serta mencari teknik yang betul untuk menjadi Hokage atau erti kata lain mencapai keuntungan tetap.

2. Little Witch Academia : Belajar sesuatu yang baru.

Ini adalah salah satu animasi yang paling hebat dan menarik, tetapi penuh dengan kejutan gara-gara mesej rahsia yang dibawa.

Anime tersebut memaparkan pengajaran supaya bekerja keras, bertanggungjawab dan kepentingan menguruskan kewangan.

Dalam salah satu episod yang disiarkan, heroin utama animasi berkenaan telah berusaha untuk melangsaikan hutang utama mereka dengan bijak.

Selain itu, terdapat watak seekor naga yang digambarkan memiliki kekayaan sehingga tidur di atas timbunan emas. Namun, apabila dunia mula berubah, ia mula menghasilkan wang melalui pelaburan moden dengan banyak skrin yang memaparkan carta trading dalam biliknya.

Watak berkenaan mengajarkan kita supaya berani untuk mempelajari sesuatu dan mencari inisiatif terbaik dengan melaburkan wang bukan hanya sekadar menyimpan emas yang tidak memiliki apa-apa fungsi.

3. One Piece : Berani tanggung risiko

“Jika tidak berani mengambil risiko, kamu tidak mampu mencipta masa hadapan.”

Dialog berkenaan dituturkan oleh hero utama animasi ini.

Animasi ini menceritakan bahawa setiap individu mempunyai matlamat dalam hidup. Namun, anda perlu keluar daripada zon selesa, membuat perancangan rapi serta terus melangkah ke hadapan untuk mencapainya.

Dalam usaha berkenaan, pasti menjanjikan pelbagai cabaran dan risiko yang perlu dihadapi. Jadi, anda perlu membuat persediaan supaya dapat menempuhinya dengan baik.

Jika inging disenaraikan, banyak lagi siri anime yang boleh dikaitkan dengan dunia trading dan sifat-sifat yang perlu diambil pengajaran oleh forex trader di luar sana.

Kesimpulannya, terdapat banyak medium yang boleh dijadikan panduan buat forex trader dalam membina personaliti hebat yang mendorong kepada forex trading yang berjaya. Oleh itu, setiap daripadanya perlulah digunakan dengan sebaik mungkin.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat