Annyeonghasaeyo! Binance Ucap Salam Kepada Kota Busan

348

Binance, platform kripto dengan kepakaran blockchain terbesar di dunia berjaya mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kota Busan di Korea Selatan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Busan bakal menerima sokongan teknologi dan infrastruktur daripada Binance dalam membangunkan ekosistem blockchain bandar serta mempromosikan Pertukaran Aset Digital Busan.

Malah, satu lagi bentuk kerjasama antara kedua-dua pihak adalah order book sharing iaitu buku pesanan yang menyenaraikan bilangan saham dibida.

Oleh demikian, Binance merancang untuk membangunkan serta mengukuhkan sektor blockchain Busan dalam beberapa cara:

  • Menggunakan zon bebas kawal selia blockchain Busan dalam mempromosikan inisiatif dan perniagaan blockchain.

  • Menyokong penyelidikan dan pelaburan berkaitan blockchain di bandar.

  • Menyediakan pendidikan blockchain khusus dan sumber dalam talian daripada Akademi Binance.

  • Memajukan inisiatif yang menggalakkan kesejahteraan masyarakat melalui Binance Charity.

  • Membantu penganjuran Minggu Blockchain di Busan pada tahun 2022 (BWB 2022).

Sementelahan itu, Binance menyatakan hasratnya ke Busan menjelang akhir tahun ini untuk membantu pembangunan kota tersebut dalam menjadikan ia salah satu hab digital paling aktif di Asia Timur.

Menurut Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Binance, beliau teruja dapat bersatu dengan Busan bagi mengembangkan blockchain yang nyata termasuklah menyokong usaha inovasi bandar.

Tambahnya lagi, Binance berharap kepakaran yang dimiliki dalam teknologi blockchain dan kripto mampu memajukan taraf hidup warga Busan di dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, Heong-Joon Park, Datuk Bandar Busan mengatakan perjanjian tersebut memberi peluang yang besar kepadanya untuk mewujudkan Bursa Aset dan menjadikan Busan sebuah bandar khusus blockchain yang menarik perhatian seluruh dunia termasuklah meningkatkan ekonomi tempatan dan menjadikannya hab kewangan digital global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat