Antara Koin Alternatif Yang Berpotensi, Nano Naik 90% Sejak 7 Hari Lepas

505

Matawang-matawang Crypto dilihat semakin membuat pemulihan selepas kejatuhan ke paras terendah pada awal bulan ini. Bitcoin pada 6 Februari lalu jatuh ke paras terendah $6,000 sekaligus menyebabkan kebimbangan kepada pelabur dan pedagang crypto di seluruh dunia

Ada sesetengah pasaran berpendapat matawang crypto yang lain turut akan jatuh jika Bitcoin membuat penurunan, dan ia terbukti dengan pergerakan sejak awal tahun lepas di mana sebahagian besar matawang crypto bergerak pada tren yang sama.

Daripada pergerakan yang seakan sama, pengikut tegar matawang crypto pasti pernah melihat beberapa matawang yang membuat kenaikan yang banyak. Contohnya ketika ini adalah, ‘Nano’ dijenamakan semula daripada nama ‘Raiblocks’ (XRB). Nano hari ini saja membuat kenaikan sehingga 27.8% di mana hampir mengaut keuntungan 100% dalam tempoh seminggu.

Nano menjadi salah satu matawang yang agak volatile (turun-naik) sejak beberapa minggu yang lalu. Tetapi ketidaktentuan pergerakan Nano lebih kepada positif dan lebih banyak membuat kenaikan. Sebelum ini Nano naik daripada hanya $7 kepada $17 dan jatuh kepada $11 semula, di mana harga semasa ketika ini di adalah $15.

Setakat ini, pergerakan Nano agak baik dengan modal pasaran pada masa artikel ini ditulis adalah $2.07 billion. Dengan jumlah bekalan matawang yang hanya 133 juta, matawang seperti Nano biasanya membuat lonjakan yang banyak pada masa sentimen pasaran dalam keadaan baik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat